Wednesday, December 29, 2010

Misi Penyerahan Sumbangan Derma Kilat bersama DPD-PPMI Zagazig

Posted by UPP DPMZ On 2:01 AM No comments

KAHERAH - 23 Disember 2010 : Saudara Anas Zharif Bin Harun, Timbalan Setiausaha merangkap Ketua Unit Kebajikan dan Kemanusiaan Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) mengetuai misi menyerahkan sumbangan derma kilat kepada AF Sheikh Husni Ginting atau Ustaz Husni di atas Pembedahan Laser bagi memecahkan batu kecil berukuran 1 milimeter (1mm) di saluran hempedunya, Hospital Qasr El-‘Ein’ Jadid, Kaherah.


Turut serta bagi misi ini ialah Sudara Muhamad Lokman Bin Sulaiman, Pengerusi DPMZ bersama-sama beberapa pimpinan AJKT DPMZ dan Saudara Ramadhan, Pengerusi DPD-PPMI Zagazig serta pimpinan AJKT DPD-PPMI Zagazig turun padang untuk menyerahkan sumbangan tersebut kepada Ustaz Husni sambil menziarahinya. Pembedahan tersebut berjaya dilakukan dengan baik, kini keadaan beliau stabil dan perlu berehat secukupnya.

Kos pembedahan dan rawatan kesihatan beliau dianggar LE 4000 maka pihak DPMZ bersama-sama DPD-PPMI Zagazig dan Tafahna telah melancarkan kutipan derma kilat untuk beliau dan berjaya mengutip sumbangan tersebut bagi membantu membiayai kos itu. Di peringkat DPMZ telah mengumpul LE 2164.90.daripada mahasiswa/wi Malaysia yang tingggal di Zagazig.

Beliau juga merupakan Mahasiswa Tahun Empat, Kuliah Usuluddin Wa Dakwah Syu’Bah Hadith, Universiti Al-Azhar cawangan Zagazig. Beliau perlu menduduki peperiksaan Fasa Pertama pada 8 Januari 2011. Dalam keadaan kesihatan beliau sekarang akan menjejaskan prestasi peperiksaannya nanti.

Dengan itu, pihak DPMZ mengucapkan terima kasih kepada warga DPMZ yang menyumbangkan sumbangan derma kilat tersebut dan mendoakan kesihatan Ustaz Husni supaya cepat sembuh dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa serta boleh menduduki peperiksaan Fasa Pertama nanti. 

0 comments:

Sahabat