Thursday, January 27, 2011

Peringatan Penting Untuk Keselamatan Mahasiswa

Posted by UPP DPMZ On 10:13 PM No comments


Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurniaNya kita masih lagi dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa muslim di bumi Anbiya’ yang cabaran dan tribulasi. Sebagaimana yang diketahui, tahap keselamatan di seluruh Mesir pada hari ini adalah sangat membimbangkan. Kejadian rusuhan dapat dilihat berlaku di beberapa bandar utama seperti Iskandariah dan Kaherah. Tidak ketinggalan juga demonstrasi yang telah berlaku di bandar Zagazig pada 25 Januari baru-baru ini. Hal ini berlaku hasil pengaruh kebangkitan rakyat  di Tunisia yang telah menggulingkan presiden negara mereka. Gelombang kebangkitan ini telah memberi impak yang besar kepada rakyat Mesir pada masa kini.


Oleh yang demikian, pihak Keamanan Syarqiah melalui Pengerusi DPMZ menasihatkan mahasiswa-mahasiswa yang berada di bumi Mesir agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi segala ketetapan yang telah digariskan.

Berikut adalah etika keselamatan semasa yang telah ditetapkan :

1.    1) Ahli DPMZ  tidak dibenarkan mendekati atau menyertai mana-mana demonstrasi yang dianjurkan oleh warga tempatan.

2.   2)Sebarang perjalanan mahupun aktiviti keluar Zagazig mestilah dimaklumkan terlebih dahulu kepada Pengerusi DPMZ.

3.    3)  Ahli DPMZ dikehendaki memastikan passport dan kad kuliah sentiasa bersama diri masing-masing apabila keluar dari rumah.

4.    4)Tidak digalakkan kepada mana-mana ahli yang belum mempunyai visa atau memperbaharui tempoh visa untuk keluar daripada muhafazah Zagazig.

5.    5)   Ahli dinasihatkan tidak berurusan dengan mana-mana warga arab terutamanya berkaitan dengan persatuan di universiti melainkan dibawah pantauan Pengerusi DPMZ.

6.   6) Ahli DPMZ dinasihatkan tidak terlibat dengan sebarang aktiviti riadhah pada waktu malam atas faktor keselamatan. (bersangkutan qarar/ketetapan Amnu Daulah)

7.    7)  Ahli DPMZ tidak digalakkan berbual dengan warga Arab mengenai perkara yang berkaitan dengan masalah politik terutama keadaaan politik Mesir. (bersangkutan qarar/ketetapan Amnu Daulah)

8.    8) Ahli tidak dibenarkan mengikuti atau menganjurkan sebarang program atau kelas pengajian kecuali di Dewan Dar Wehdah di bawah makluman dan pantauan Pengerusi DPMZ. (bersangkutan qarar/ketetapan Amnu Daulah)

9.     9) Ahli perlu mematuhi amanat keselamatan dari masa ke semasa yang dimaklumkan oleh Pengerusi DPMZ.

10.10) Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada Pengerusi dan Penasihat DPMZ.

Diharap semua ahli dapat mematuhi segala etika yang dikeluarkan oleh pihak DPMZ demi memastikan keadaan keselamatan warga Malaysia terutama di bumi Zagazig terus berada dalam keadaan selamat. Sekian.

‘KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH’

Muhamad Lokman B. Sulaiman,
Pengerusi ,
Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig 2010/2011.

0 comments:

Sahabat