Wednesday, January 12, 2011

Takziah Buat Saudara Mohamad Nasa'i Bin Ab. Azais Sekeluarga

Posted by UPP DPMZ On 2:31 AM No comments

          

          Assalamualaikum wbt. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Setiap yang bernyawa pasti akan mati, daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali.
        
          Barisan AJKT DPMZ serta seluruh warga DPMZ mengucapkan takziah kepada Saudara Mohamad Nasa'i Bin Ab. Azais  ( Tahun 1 Kuliah Perubatan) sekeluarga di atas pemergian kekandanya (Saudara Basheer Bin Ab. Azais) yang pergi menemui Rab Izzati. Pihak DPMZ mendoakan semoga arwah kekanda beliau ditempatkan bersama para solihin dan para anbiyail mursalin di syurga Allah.

            Semoga Saudara Mohamad Nasa'i Bin Ab. Azais dapat tabah dan sabar dengan ujian ini. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang bersabar. Bersama-sama kita sedekahkan Al-fatihah serta memberikan semangat kepada mereka agar dapat menempuhi ujian ini. 

0 comments:

Sahabat