Thursday, March 17, 2011

Makluman Pengurusan Visa Bagi Mahasiswa/wi Zagazig

Posted by UPP DPMZ On 11:08 PM No comments


Kepada mahasiswa mahasiswi Zagazig yang masih belum memperbaharui visa, anda digesa untuk menguruskan urusan visa tersebut dengan segera bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.

Bagi mahasiswa yang sudah menjalankan urusan bersama pihak keselamatan Mesir melalui Pengerusi DPMZ tetapi masih belum mendapatkan cop daripada pihak imigresen, kalian hendaklah mendapatkan semula tasdiq kuliah yang baru lalu terus ke pejabat imigresen bagi mendapatkan cop tersebut.

Bagi yang masih belum membuat apa-apa urusan berkaitan visa, prosedur berkenaan adalah seperti biasa.

Sila rujuk kepada Pengerusi DPMZ atau mana-mana AJKT yang lain untuk sebarang permasalahan.

0 comments:

Sahabat