Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum w.b.t
Pertama-tamanya dan selama-lamanya kita memanjat kesyukuran ke hadrat illahi limpah dan kurnianya dapat kita selamat kembali di bumi anbia, Mesir untuk meneruskan pembelajaran di sini. Ahlan wa sahlan saya ucapkan kepada mahasiswa/wi Malaysia yang selamat tiba di Zagazig bagi menyambung semula pembelajaran di sini baik mahasiswa Pengajian Islam mahupun mahasiswa/wi Pengajian Sains Kesihatan.
Di kesempatan ini juga, saya ingin memaklumkan beberapa maklumat penting, khususnya mahasiswa/wi Malaysia yang berada di Zagazig dan juga di Tafhana Ashraf tentang keselamatan dan keadaan atau suasana di Zagazig sekarang.
Di kesempatan ini juga, saya ingin memaklumkan beberapa maklumat penting, khususnya mahasiswa/wi Malaysia yang berada di Zagazig dan juga di Tafhana Ashraf tentang keselamatan dan keadaan atau suasana di Zagazig sekarang.
Pertama : Keselamatan
- Mahasiswa/wi Malaysia yang berada di Zagazig hendaklah berhati-hati dan sentiasa bersama-sama rakan semasa berada di luar premis penempatan masing-masing.
2. Mahasiswa/wi Malaysia dilarang berada di luar premis penempatan masing-masing dari jam 12 tengah malam sehingga 6 pagi (waktu berkurung)
3. Mahasiswa/wi Malaysia diingati tidak membawa wang yang banyak dan barang berharga semasa berada di luar premis penempatan masing-masing.
4. Mahasiswa/wi Malaysia dikehendaki membawa dokumen pengenalan diri (passport dan kad kuliah) bersama semasa berada di luar premis penempatan masing-masing.
5. Mahasiswa/wi Malaysia diingatkan supaya kurangkan aktiviti pada sebelah malam semasa berada di luar premis penempatan masing-masing.
6. Sekiranya berlaku kecurian dan pecah masuk penempatan mahasiswa/wi Malaysia, sila hubungi segera kepada Penerusi DPMZ .
Ke-2: Keadaan dan Suasana
- Pencuri dan peragut tempatan masih terdapat di sekitar kawasan penempatan dan kawasan yang sunyi.
2. Pihak Keselamatan Mesir lambat bertindak terhadap kejadian-kejadian yang berlaku di atas sebab revolusi rakyat Mesir baru-baru ini, khususnya kepada mahasiswa/wi Malaysia yang berada di Mesir.
3. Urusan membuat visa passport seperti biasa di Zira’ah dan berjumpa dengan pihak Keselamatan Mesir bersama Pengerusi DPMZ.
4. Tambang perkhidmatan tramco dan teksi di Zagazig naik sedikit dan harga barang pun naik sama, kemungkinan kesan daripada revolusi rakyat Mesir.
Antara kejadian yang berlaku di Mesir terhadap mahasiswa/wi Malaysia:
- Kecurian Di Kawasan Hayyu 7, Kaherah : Seorang mahasiswa Malaysia dilaporkan telah dirompak sekitar jam 12.30 tengahari. Mangsa yang berjalan melalui kawasan yang berdekatan dengan Rumah Kelantan Baru telah ditahan oleh 3 lelaki warganegara Mesir yang menyamar sebagai 'mabahis' (polis mata gelap).
Nasihat Badan Pengurus PMRAM :
- "Kita meminta mahasiswa/wi Malaysia lebih berhati-hati dalam kes kecurian terutama yang melibatkan warganegara Mesir yang menyamar sebagai polis. Hal ini pernah berlaku dan sering berlaku sebelum ini," jelas Pemangku Presiden, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman. Justeru, “kita mengesyorkan untuk mahasiswa Malaysia supaya elakkan daripada berjalan seorang diri, lebih-lebih lagi di waktu malam dan di tempat-tempat yang sunyi tidak kira lelaki mahupun wanita. Sekiranya ditahan dengan mana-mana warga Arab tempatan yang mengaku sebagai 'mabahis' minta terus menghubungi nombor Presiden PMRAM bagi sebarang malumat dan tindakan lanjut," tambah beliau lagi.
2. Pihak PMRAM menasihatkan kepada semua mahasiswa/wi Malaysia agar sentiasa memastikan rumah dalam keadaan yang terkunci dan selamat. Sebarang kes dan permasalahan terus menghubungi nombor telefon Presiden PMRAM di talian +20113771841 atau Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM, Saudara Farkhan Md Zin +20142900215.
Disediakan oleh:
Anas Zharif Bin Harun.Timbalan Setiausaha,Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ)Sesi 2010/2011.
0 comments:
Post a Comment