Tuesday, March 15, 2011

Selamat Kembali Ke Bumi Mesir

Posted by UPP DPMZ On 7:06 PM No comments

PMRAM mengucapkan selamat kembali ke bumi anbiya' kepada seluruh mahasiswa Islam Mesir yang telah pulang ke Malaysia dalam Operasi Piramid baru-baru ini.

Ops Piramid bertujuan membawa pulang rakyat Malaysia yang menuntut atau menetap di Mesir. Operasi ini dilaksanakan bertujuan untuk mengelak sebarang kecelakaan berlaku kepada rakyat Malaysia disebabkan ketidakstabilan yang berlaku di Mesir.

Penghantaran semula pelajar ke Mesir pada bulan Mac dan April ini dijangka akan lebih ramai lagi setelah keadaan politik di Mesir kembali tenang dan stabil setelah pengunduran  Presiden Mesir.

Ketika ini, beberapa buah kerajaan negeri telah menguruskan penghantaran kembali pelajar-pelajar ke Mesir. Pelajar juga diingatkan agar sentiasa merujuk kepada kerajaan negeri masing-masing dengan kerjasama Badan Kebajikan Anak Negeri untuk memudahkan sebarang urusan penghantaran.

PMRAM sekali lagi mengucapkan selamat meneruskan pengajian dan berjuang di bumi Mesir.


Sumber: www.pmram.org

0 comments:

Sahabat