ZAGAZIG, 13 April - Seluruh kepimpinan Badan Pengurus dan AJKT HEWI PMRAM yang diketuai saudara Shahrizan Mohd Hazime terus melaksanakan agenda mendekati ahli pada hari ketiga dengan mengadakan majlis ramah mesra bersama PMRAM di bumi Syarqiyah.
Program yang dipengerusikan oleh saudara Ahmad Huzaifah bin Fauzi, Badan Pengurus Angkat DPMZ bermula dengan sesi ta'ruf ringkas kepimpinan sebelum disusuli sesi soal jawab, muhasabah dan cadangan yang mendapat sambutan hangat.
Pelbagai soalan telah diajukan kepada kepimpinan PMRAM mencakupi pelbagai aspek. Isu semasa di Malaysia dan Mesir, isu evakuasi, keselamatan, pendidikan, dakwah, dan kebajikan antara mencuri tumpuan dan menjadi topik panas pada malam tersebut.
Ruang ini dimanfaatkan sebaiknya oleh ahli untuk mengenali PMRAM dengan lebih dekat terutama sekali ahli-ahli yang terdiri daripada pelajar Perubatan.
Pada majlis yang sama, DPMZ telah melakukan kejutan meraikan ulang tahun PMRAM ke-81, serta sambutan hari lahir dan perkahwinan beberapa orang Badan Pengurus dan AJKT HEWI PMRAM.
Presiden PMRAM, di dalam amanat terakhirnya menekankan slogan "Satu Fikrah Satu Amal" yang dilaungkan PMRAM selama ini. Dalam amanat tersebut, beliau menekankan juga pembawakan PMRAM adalah berdasarkan prinsip Al-Quran dan Sunnah secara syumul.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama kepimpinan PMRAM.
0 comments:
Post a Comment