Friday, April 1, 2011

Kronologi Semasa Gerak Kerja PMRAM Sepanjang Revolusi Mesir

Posted by UPP DPMZ On 10:16 PM No comments

KRONOLOGI SEMASA GERAK KERJA PMRAM SEPANJANG REVOLUSI MESIR 
revolusi 7.jpgGERAK KERJA DI MESIR
25 Januari – 27 Januari 2011
Revolusi rakyat Mesir bermula dengan perhimpunan di Medan Tahrir.
-Perkhidmatan facebook dan rangkaian komunikasi mula ditutup oleh pihak kerajaan Mesir apabila mereka mula melihat kebangkitan rakyat Mesir di halaman facebook, twitter, dan blog.

*
 Sehingga waktu ini pihak PMRAM hanya mengumpul maklumat dan berita semasa sahaja. Perjumpaan sentiasa diadakan untuk memastikan maklumat yang diterima disaring berdasarkan sumber yang tepat.
28 Januari 2011 (Jumaat)

Bermula jam 9 pagi seluruh sistem komunikasi telah dimatikan.

Ekoran sistem komunikasi dimatikan, Presiden mengarahkan semua Badan Pengurus berkumpul di pejabat. Perjumpaan tergempar Badan Pengurus diadakan.

Satu pekeliling keselamatan tergempar dikeluarkan. Badan pengurus mula bergerak keseluruh rumah Anak Negeri selepas Maghrib untuk menyebarkan pekeliling.

Pekeliling diperingkat DPM tidak dapa
t disebarkan.

-
Perkhidmatan internet, facebook, twitter, ym dan lain-lain telah terputus di seluruh Mesir  menyebabkan tiada sebarang maklumat di sebarkan kepada pihak luar.
-Selepas solat Jumaat, telah berlaku rusuhan dan demonstrasi besar-besaran di seluruh Mesir terutama di bandar-bandar utama Mesir, Kaherah, Iskandariah, Suez, Mansurah, Syubra, Tanta, Damanhur, Shibin El-Kom, Zagazig dan diseluruh muhafazah di Mesir.

-Perintah berkurung bermula dari jam 6 malam sehingga jam 7 pagi di 3 bandar utama  Kaherah, Iskandariah dan Suez.

- Secara rasminya, diistisyharkan darurat di 3 bandar tersebut serta pintu-pintu masuk ke 3 bandar ini telah dikawal oleh tentera apabila keadaan semakin kritikal dan membimbangkan.

-Lapangan Terbang terpaksa ditutup sementara waktu dan berpuluh-puluh penerbangan terpaksa ditangguh dalam tempoh 12 jam.
revolusi 6.jpg

29 Januari 2011 (Sabtu)


-Perintah berkurung dari jam 4 petang sehingga 8 pagi seluruh tempat di Mesir serta diistiyharkan Darurat di seluruh Mesir.


-Keadaan mencemaskan apabila ramai pencuri, perompak dan penjenayah mengambil kesempatan diatas ketidakstabilan politik untuk mence
roboh masuk dan merampas barang-barang berharga turut menjadi mangsa kejadian tersebut beberapa buah rumah pelajar Malaysia.

-Beratus-ratus kereta kebal memasuki kawasan bandar Kaherah serta banda-bandar utama di seluruh Mesir.


-Terdapat juga, pelajar Malaysia terkena tembakan peluru getah yang disasarkan oleh pihak keselamatan untuk meleraikan rusuhan.

-Perhubungan komunikasi dan internet masih tidak dapat digunakan. Namun, panggilan     telefon masih boleh dibuat. Saluran maklumat keseluruh peringkat dimaksimumkan     menggunakan
panggilan telefon.

* Bermula malam ini, pejabat PMRAM beroperasi penuh mengumpulkan maklumat seluruh ahli.


30 Januari 2011 (Ahad)

-Pihak Tentera mula mengambil alih kuasa keselamatan dari pihak polis.

-Perintah berkurung hari ketiga bermula jam 4 petang sehingga 8 pagi keesokan hari.

-Perjumpaan Badan Pengurus diadakan. Hasil perbincangan arahan lanjut diberikan keseluruh cawangan sperti berikut :

i.  Kenalpasti ahli-ahli yang mempunyai masalah kewangan
ii. Pihak BKAN DPM diminta menghulurkan bantuan kewangan atau bahan mentah dengan  segera.
iii. Patuhi arahan dan peraturan dari pihak tentera dari masa ke semasa.

-Kerjasama penuh diberikan kepada pihak KBMK mengenai bilangan pelajar-pelajar     Pengajian Islam dan Perubatan yang berada di Kaherah dan Muhafazah.
* Data-data ahli terus dikumpul dari masa ke semasa.

revolusi 2.jpg31 Januari 2011 (Isnin)

-Arahan demi arahan disalurkan oleh Badan Pengurus kepada ahli melalui YDP dan Pengerusi mengenai situasi yang berlaku ketika ini. Keadaan di Kaherah dilaporkan masih stabil.

-Tempoh berkurung bermula jam 4 petang sehingga 8 pagi keesokkan harinya.

-4 perkara yang dimaklumkan kepada YDP dan Pengerusi serta AJKT untuk dimaklumkan kepada semua ahli mengenai beberapa perkara:

•Perintah berkurung pada 1 Februari bermula pada jam 1 petang sehingga 8 pagi keeseokan hari berikutan akan berlaku rusuhan besar-besaran di Mesir.

•Beli barang keperluan untuk jangka masa panjang sekurang-kurangnya menampung keperluan untuk tiga hari.

•Jika ada keluarga bertanyakan mengenai keadaan yang berlaku di Mesir, nyatakan situasi yang sebenar serta menafikan spekulasi berita yang tidak benar.

•Jika ada berita atau spekulasi yang diragui, hendaklah menyatakan sumber serta memaklumkan kepada PMRAM

-PMRAM mengambil beberapa maklumat berkaitan pelajar-pelajar yang masih bermasalah untuk memasuki Kaherah.

-Masih kedapatan pelajar-pelajar yang ditangguhkan penerbangan untuk ke Malaysia.


1 Februari 2011 (Selasa)

- Perintah berkurung diteruskan bermula jam 1 petang hingga 8 pagi keesokan hari.

-Dimaklumkan, Timbalan Menteri Luar Malaysia tiba di Mesir pagi tadi untuk mengambil beberapa maklumat dan laporan bagi tindakan selanjutnya.

-Kawalan ketat di beberapa jalanraya serta jalan untuk memasuki Kaherah telah ditutup.

9.00am :   Perjumpaan semua pegawai Negeri dan YDP BKAN bersama wakil Kedutaan bagi  mendapatkan kata sepakat. Turut hadir Presiden PMRAM dan Badan Pengurus Abdul Aziz Ali. Perjumpaan diadakan dirumah Kedah Haiyyu `Asyir.

9.00 pm : Perjumpaan Majlis Tertinggi PMRAM

10.30pm : Perjumpaan seluruh Badan Pengurus PMRAM. Sebulat suara bersetuju mengeluarkan peruntukan sejumlah wang untuk sumbangan kepada pelajar.

revolusi 3.jpg2 Februari 2011

- Maklumat dari Bilik Gerakan Kedutaan : Pelajar Malaysia akan dipindahkan ke Malaysia melalui Jeddah.

1230pm :Internet kembali berfungsi
1430pm : Liqa` Badan Pengurus diadakan. Fasa kedua (menghulurkan bantuan) gerak kerja bermula.




3 Februari  -  6 Februari

-Menyalurkan maklumat data ahli kepada pihak Kedutaan Malaysia

-Memberi bantuan makanan kepada ahli yang terkandas di Lapangan Terbang

-Memberi kerjasama penuh terhadap Operasi Piramid

-Menyusun sukarelawan PMRAM yang akan membantu gerak kerja di Jeddah

-Keputusan sebulat suara bersetuju menjayakan Operasi Piramid. Seluruh cawangan bersetuju mengeluarkan sejumlah wang untuk membantu ahli masing-masing di Jeddah.

-Badan Pengurus dijadualkan menaiki penerbangan terakhir bersama sebahagian besar AJKT Cawangan ke Jeddah. Disaat akhir, penerbangan ditukar terus ke Malaysia.
bp klia.jpg


GERAK KERJA DI JEDDAH


- Memastikan setiap penerbangan mempunyai wakil PMRAM

- Menghubungi Persatuan Pelajar di Mekah untuk membantu PMRAM di Jeddah

- Menghantar sukarelawan PMRAM yang akan membantu gerak kerja di Jeddah


GERAK KERJA DI MALAYSIA

8 FEB : Bekerjasama dengan ILMAM Malaysia untuk menggerakkan Bilik Operasi Pelajar disetiap cawangan.

- Bekerjasama dengan ILMAM Selangor dan BKASM untuk membuka bilik operasi PMRAM di negeri Selangor.

- Menghadiri perjumpaan bersama PMIUPM di JAIS

- Perjumpaan bersama GAMIS

- Mengadakan dua kali perjumpaan BPHEWI di Masjid Negeri Shah Alam.
-Menyambut ketibaan pelajar di KLIA sepanjang proses evakuasi.

-Perjumpaan dengan HPA
2 MAC : Menghantar wakil PMRAM menghadiri perjumpaan bersama Kerajaan Negeri Selangor dan Kelantan.

-Memastikan wakil PMRAM disetiap cawangan Negeri membantu ILMAM negeri masing-masing untuk bilik operasi pelajar.

-Mendapatkan maklumat terus dari Mesir untuk disalurkan kepada semua
gamis 1.jpg

0 comments:

Sahabat