Friday, June 24, 2011

Keselamatan Dibincangkan Dalam Pertemuan Rasmi Bersama KBMK

Posted by UPP DPMZ On 2:24 PM No comments

 

MOHANDISEEN, 23 Jun - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Kedutaan Besar Malaysia ke Kahearh untuk bertemu Tuan Yang Terutama, Dato’ Dr. Mohd Fakhruddin Abdul Mukti,Duta Besar Malaysia ke Kaherah semalam.
 

Kunjungan ini, diketuai oleh Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman  Presiden PMRAM 2011 diiringi oleh beberapa Badan Pengurus yang lain iaitu Saudara Mohd Solehuddin bin Mohd Safien Naib Presiden 2, , Saudara Firdauz bin Noh Setiausaha Agung, Saudara Ahmad Baihaki bin Rashid Bendahari Kehormat,Saudara Zulhafeez bin Ahmad Zahidi Ketua Badan Penerangan & Penerbitan,Saudara Mohd Hafizzul Azri bin Azman Ketua Badan Ekonomi PMRAM 2011.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan merapatkan silaturrahim dengan pihak KBMK dan membincangkan beberapa perkara seperti keselamatan mahasiswa dan isu visa mahasiswa qiraat Shoubra.


Turut hadir Shamsul Kahar bin Kamaruddin , Setiausaha Utama ,Kedutaan Besar Malaysia ke Kaherah.


Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada PMRAM kerana kesudian untuk mengadakan kunjungan bersama sekaligus dapat sama-sama berbincang terutamanya mengenai keselamatan rakyat Malaysia di Mesir.


Di akhir pertemuan tersebut ,Presiden PMRAM menyerahkan cenderahati kenang-kenangan daripada pihak PMRAM kepada
Tuan Yang Terutama, Dato’ Dr. Mohd Fakhruddin Abdul Mukti,Duta Besar Malaysia ke Kaherah sempena kunjungan hormat tersebut.

Sumber : PMRAM

0 comments:

Sahabat