Friday, June 24, 2011

Kutipan Sumbangan Untuk Palestin

Posted by UPP DPMZ On 9:27 PM 1 comment


Unit Kebajikan dan Kemanusiaan DPMZ dan saf kepimpinan DPMZ sesi ini mengucapkan sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua warga DPMZ yang telah menyumbangkan sumbangan untuk Palestin baru-baru ini. Kutipan sumbangan untuk Palestin itu, berjaya dikumpulkan sebanyak LE 2,594, 152 USD, 50 Euro, RM 41.50 dan 22 Riyal Saudi Arabiah.


Kutipan sumbangan untuk Palestin itu telah selamat dihantar ke pejabat PMRAM Pusat, Kaherah untuk dikumpulkan sebelum dihantar terus ke Bumi Palestin dalam masa yang terdekat. Ini menunjukkan DPMZ telah mendokong kebajikan PMRAM Pusat. InsyaAllah, kutipan sumbangan itu akan digunakan untuk keperluan makanan dan minuman, kos perubatan dan sebagainya bagi umat Islam di sana.

Semoga sumbangan yang diberikan itu, dapat meringankan beban umat Islam di Bumi Palestin untuk meneruskan kehidupan seperti saudara se-Islam yang lain. Hanya bantuan sebeginilah dapat membantu umat Islam Palestin di sana dan doa-doa umat Islam di seluruh dunia kepada mereka. Ini adalah usaha kita semua untuk membantu mereka.

Selain itu juga, kita hendaklah memboikot ekonomi musuh-musuh Allah SWT dan umat Islam iaitu Zionis laknatullah seperti tidak membeli produk yang berjenama PEPSI, COCA COLA, Mc Donalds, KFC, Nestle dan lain-lain lagi. Mudah-mudahan pihak musuh tersebut tidak akan berkuasa dan sewenang-wenangnya untuk menindas dan menganiaya umat Islam di Palestin. Sekiranya kita masih membeli barangan boikot itu, As-Sheikh Dr. Yusuf Al-Qhardawi telah mengatakan bahawa seumpama kita menyumbang sebutir peluru untuk membunuh umat Islam yang tidak berdosa di Palestin. Nauzubillah min zalik…

Akhirnya, kita hendaklah sedar bahawasanya kita ini telah dikelilingi oleh musuh-musuh Allah SWT yang cuba ingin menghancurkan umat Islam di muka bumi ini. Firman Allah SWT yang bermaksud:

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut Agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (Agama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Surah Al-Baqarah, ayat: 120

Sekali lagi pihak DPMZ sesi ini mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua warga DPMZ yang telah menyumbangkan sumbangan untuk Palestin itu. Mudah-mudahan sumbangan itu dapat membersihkan harta dan jiwa kita semua serta Allah SWT akan memberi kejayaan di dunia dan di akhirat. InsyaAllah…

1 comments:

arrayah.info - Pihak Berkuasa Munafik Ramallah juga Menghalang Seruan Kebangkitan Khilafah di Palestin

Sahabat