Sunday, December 18, 2011

Perlaksanaan Media Massa Berlandaskan Peranan Yang Sebenar

Posted by UPP DPMZ On 2:53 PM No comments


Lapangan media massa hari ini menjadi satu method penting dalam menjamin sebaran maklumat dan piawaian pengaruh mudah disebarkan dengan baik.


Perkembangan yang berlaku dalam kegiatan media massa kini menjurus kepada sikap apathetic terhadap nilai-nilai etika. Bahkan kini lebih berani dalam dan lancang menginjak nilai keharmonian , kod etika, kaedah, syariat Islam dan norma-norma tradisi umat.

Pelbagai versi yang mula ditonjolkan oleh generasi muda dalam mengaplikasikan dunia kecanggihan teknologi sekaligus mampu dimanupulasikan dengan pembaharuan mengikut keadaan semasa.

Untuk itu kita perlu menjelaskan hakikat dan peranan media massa, teori yang mencorakkan media, etika media massa, sebaran atau informasi Islam, ciri-ciri informasi Islam, etika media massa Islam dan saranan-saranan yang berkenaan.

Daripada penggunaan laman web,laman sosial,portal dan kini lebih popular dengan "Vlogging" , majoritinya dipelopori oleh generasi muda.

Jika diteliti perkembangan dunia teknologi hari ini, perintis yang telah dilahirkan oleh orang Barat terus mendapat tempat terutamanya dikalangan remaja.

Kewujudan laman sosial juga seakan membuka ruang kepada masyarakat dalam menzahirkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya sehingga mampu mencetuskan ideologi kepada masyarakat umum akhirnya menatijahkan dua keadaan samada positif dan negatif.

Saingan dalam dunia penyiaran juga tidak kurang hebatnya dengan tenaga kemahiran dan kepakaran yang dilahirkan melalui institut pengajian kemahiran samada dalam dan luar negara.

Namun begitu, harus diingatkan etika penyiaran dan penerangan samada dalam bentuk cetakan mahupun elektronik juga perlu dititik beratkan agar tidak melampaui sehingga menimbulkan pelbagai sentimen yang akhirnya menatijahkan perpecahan dan sebagainya.

Penyampaian dakwah juga diperluaskan dengan sebaran rakaman pengajian dan ini merupakan langkah terbaik untuk perkongsian bersama masyarakat tanpa mengira lokasi dan jarak.

Walau bagaimanapun kemampuan dan peningkatan kemajuan teknologi hari ini bergantung kepada masyarakat sendiri samada dimanfaatkan untuk kebaikan atau sebaliknya .

PERANAN MEDIA MASSA

Keperluan kitaran hidup manusia adalah bergantung kepada maklumat yang disampaikan maka setiap sebaran maklumat yang ingin disampaikan kepada masyarakat harus jelas dan benar .

Dalam menjamin kehidupan yang efektif, perlu menguasai informasi samada tempatan mahupun global secara tidak langsung pengetahuan semasa akan dapat dikuasai oleh masyarakat .


Media massa dalam peringkat sekunder bermatlamat untuk :

a. Mencapai masyarakat lebih luas, ertinya mencapai (sasaran) yang lebih luas daripada yang dimungkinkan oleh komunikasi langsung.

b. Memungkinkan imitasi oleh lebih banyak orang (secara tidak langsung) iaitu kerana jumlah komunikasi lebih luas daripada dalam
proses primer.

c. Mengatasi batas-batas komunikasi yang dapat diadakan oleh adanya balas ruang (geografis) dari batas ruang serta waktu.

Menurut Mahmud Karam Sulaiman peranan tersebut boleh dirumuskan sebagai berikut :

1. Mentakrifkan suasana sekitar atau dengan perkataan lain menyebarkan berita, maklumat dan fakta-fakta.

2. Menginterpretasi serta mengulas berita-berita berkenaan dan suasana yang berlaku di persekitarannya.

3. Mengungkapkan secara objektif akan mentaliti, sikap dan kecenderungan massa atau tentang nilai-nilai warisan budayanya untuk
disalurkan dari generasi ke suatu generasi yang lain

4. Menghibur dan menyenangkan hati orang ramai.

Media massa mampu untuk merealisasikan perpaduan masyarakat Islam dengan usaha mengutamakan public opinion yang bersatu dalam menangani isu serta permasalahan orang ramai di samping melaksanakan tugas vitalnya ke arah penyampaian maklumat yang bernas dan tepat.


Disediakan oleh :

Zulhafeez bin Ahmad Zahidi
Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir
PMRAM 2011

Sumber : pmram.org

0 comments:

Sahabat