Friday, December 16, 2011

DPMZ Komited Bersama PMRAM Membawa Suara Mahasiswa Keperingkat Kedutaan.

Posted by UPP DPMZ On 4:14 AM No comments


ZAGAZIG 16 Disember 2011- DPMZ terus komited dan sentiasa cakna dalam usaha menyelesaikan isu mahasiswa yang kian dipandang sepi bagi sesetengah individu. Ini dibuktikan dengan pertemuan bersama TYT Dato' Dr. Fakhruddin Bin Abdul Mokti Iaitu Pengarah Kedutaan Besar Malaysia Kaherah baru-baru ini.


DPMZ yang mewakili cawangan Zagazig bersama-sama PMRAM serta beberapa BKAN dan cawangan turun padang bersua muka ke pejabat Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) bagi berbincang beberapa perkara berkaitan isu mahasiswa serta mendengar sendiri pendapat yang disuarakan oleh TYT Duta sendiri.

Kesempatan dalam kunjung hormat tersebut Pihak PMRAM telah mengemukan dan meluahkan beberapa rungutan dan aduan  pelajar Malaysia di Mesir kepada TYT Dato Duta sendiri. 

Antara perkara yang disuarakan adalah berkaitan  dengan pembayaran yuran pelajar Markaz Bahasa Arab sebanyak LE 480 untuk satu mustawa yang dilihat membebankan para pelajar supaya dipanjangkan ke pihak pentadbiran Al-Azhar.

Selain itu, Pihak PMRAM juga megemukakan pandangan dan harapan para pelajar supaya berhubung isu penghantaran semula pelajar-pelajar pengajian Islam ke cawangan-cawangan Al-Azhar di seluruh Mesir.

Mengulas isu tersebut, Presiden PMRAM memberitahu bahawa semenjak 2 tahun tiada penghantaran pelajar ke cawangan pelbagai permasalahan telah timbul yang bukan sahaja melibatkan peningkatan sewa rumah di sekitar Kaherah. Bahkan lebih daripada itu apabila ianya turut berkait dengan isu keselamatan terutama masalah pembaharuan visa.

Kesesakan pelajar-pelajar wafidin di Universiti al-Azhar Kaherah meyebabkan berlakunya kesulitan dalam menyelesaikan urusan-urusan pengkuliahan dan urusan pembaharuan visa di Jabatan Imigresen di Madinah Buuth Islamiah.

Ekoran daripada permasalah inilah mengakibatkan ramai di kalangan pelajar Malaysia enggan pemberbaharui visa mereka ditambah lagi dengan peruntukan hanya sehari sahaja dalam seminggu dikhususkan untuk pelajar Malaysia menyelesaikan urusan tersebut.

Dalam perjumpaan tersebut itu juga, beberapa orang YDP BKAN turut meminta penjelasan berkaitan isu pendaftaran persatuan dengan Education Malaysia of Egypt (EME) selain meminta pandangan TYT Dato’ Duta berhubung isu pengguguran Badan Kebajikan keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) daripada senarai persatuan-persatuan yang berdaftar di bawah EME.


Walaubagaimanapun respon yang diberikan TYT Duta amat memberansangkan dan positif. Beliau juga memuji Pihak PMRAM, BKAN dan DPM kerana banyak membantu lebih-lebih lagi dari sudut kebajikan kepada mahasiswa di bumi mesir.

“ Pihak PMRAM berterima kasih atas kesedian dan kesudian pihak kedutaan untuk berbincang dan mendengar luahan seta rungutan daripada para pelajar berkaitan permalahan yang berlaku. Dan kita mengharapkan agar tindakan segera diambil daripada pihak TYT Dato’ Duta selaku wakil Kerajaan Malaysia di Mesir ini bagi meyelesaikan sebarang permasalahan terutamanya berkaitan dengan kebajikan pelajar supaya keberadaan para pelajar di Mesir ini tidak mengganggu tumpuan mereka terhadap pengajian “ ujar Presiden PMRAM sejurus berakhirnya kunjung hormat tersebut.

0 comments:

Sahabat