Wednesday, December 7, 2011

SHAMIZ 1433 H, Ke Arah Memotivasi Minda Mahasiswa.

Posted by UPP DPMZ On 4:32 PM No comments



ZAGAZIG 6 Disember 2011- Satu lagi program anjuran DPMZ telah dilaksanakan dengan jayanya iaitu Sambutan Maal Hijrah & Motivasi Perdana DPMZ (SHAMIZ 1433 H). Program tersebut bermula sekitar jam 6.00 pm dan bertempat di dewan Ala-Addin Murur.

Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu yang dijemput khas oleh DPMZ iaitu Fadhilah Syeikh Muhammad Mahmud Ahmad Abu Hasyim yang merupakan dekan Kuliah Usuluddin Zagazig. Turut serta tetamu yang dinantikan iaitu Dr. Jamnul Azhar Mulkan yang merupakan Pengisi bagi Slot motivasi dalam program tersebut.

Antara tetamu jemputan yang turut menyerikan majlis ialah Timbalan Presiden PMRAM, Saudara Abdul Aziz b. Ali serta beberapa Badan orang Pengurus PMRAM yang mengiringi beliau. Hadir sama Badan Pengurus Angkat  HEWI dan beberapa Wakil dan BKAN dan Muhafazah iaitu dari Keluarga Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa Damanhur (DPMD).

Majlis dimulakan dengan ucapan taujihat dari Fadhilah Syeikh Muhammad Mahmud Ahmad Abu Hasyim, dan kemudiannya ucapan alu-aluan oleh Timbalan Presiden PMRAM. Majlis kemudiannya dieteruskan dengan slot penyerahan dana Kempen Sayang Somalia (KSS) dan pelancaran Dana Ehsan DPMZ oleh Saudara Muhammad Nasuha Zakariah.

Kemuncak Majlis yang dinanti-nantikan ialah slot Motivasi kecemerlangan oleh Dr.Jamnul Azhar Mulkan. Banyak input menarik yang dikongsikan oleh beliau antaranya kisah pengalaman beliau sewaktu menjadi penuntut di perlembahan nil ini. Beliau merupakan bekas Timbalan Presiden PMRAM 1992, dalam ucapannya, Dr. Jamnul Azhar banyak mengimbau sejarah susah senang semasa menuntut ilmu serta menjadi kepimpinan pelajar di sini.

Turut diselitkan kepentingan keberadaan PMRAM sebagai persatuan yang telah lama wujud di bumi Mesir ini  dalam memastikan kebajikan ahli dan sebagainya. Beliau turut memberi kata-kata perangsang supaya Mahasiswa/wi terus thabat dan bersemangat dalam menuntut ilmu kerana mahasiswa/wi lepasan mesir amat di nanti-nantikan oleh rakyat di tanah air sebagai pembawa arus perubahan ke arah yang lebih bermutu pada masa hadapan.

Akhir Program majlis diserikan dengan persembahan nasyid dari kumpulan Insaff dan jamuan makan. DPMZ mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan tahniah kepada seluruh barisan adhoc pelaksana yang menjadi tulang belakang sepanjang majlis tersebut belansung. Tahniah juga diucapkan kepada seluruh ahli yang turut memberi komitmen hadir untuk menjayakan program tersebut.






0 comments:

Sahabat