Monday, December 5, 2011

Majlis Kesyukuran, Sempena Menyambut Dua Cahaya Mata Kembar.

Posted by UPP DPMZ On 12:08 PM No comments


ZAGAZIG, 4 Disember 2011- Satu majlis kesyukuran telah berlansung di pejabat DPMZ sempena menyambut kelahiran dua bayi kembar kepada Saudara Sodri musa dan pasangannya, Saudari Farahiyah Abraham Penthowsky. Majlis berlansung sekitar jam 3.00 pm dan selasai pada jam 5.30 pm.




Cahaya mata kembar tersebut selamat dilahirkan pada 27 November yang lalu dan di beri nama Ahmad Al-Syafie (abang) dan Mahmud Al-Syafie (adik). 

Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi DPMZ Saudara Muhamad Zainullah Mohd Pauzi dan diteruskan lagi dengan bacaan yasin dan tahlil yang ketuai oleh pengerusi sendiri. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah, AJKT DPMZ, Pengerusi PCZ serta barisan kepimpinan PCZ.

Setelah selesai bacaan yasin dan tahlil, semua hadirin berdiri untuk berselawat ke atas Baginda Rasulullah S.A.W sebagaimana yang diamalkan di Malaysia apabila menyambut kelahiran bayi. Ianya merupakan tanda syukur ke Hadrat Ilahi atas kurniaan zuriat sebagai penyeri dalam kehidupan berumah tangga.

Seusai berselawat ke atas Baginda S.A.W, Pengerusi DPMZ mempelawa Saudara Sodri Musa yang merupakan bapa kepada bayi kembar tersebut untuk memberikan sedikit ucapan kepada semua tetamu yang hadir. Majlis diakhiri dengan solat maghrib berjemaah dan seterusnya jamuan makan.

                                                              Bacaan yasin dan tahlil

                                       Si kembar dibawa mengelilingi hadirin yang sedang beselawat





0 comments:

Sahabat