Wednesday, November 7, 2012

Aidil Adha 1433 DPMZ

Posted by UPP DPMZ On 12:23 AM No comments

26 Okt, Zagazig – Sempena Aidil Adha 1433 Hijriah, Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig berbesar hati menganjurkan Solat Sunat Aidil Adha khas untuk warga Malaysia yang berada di Zagazig di Masjid negeri Shargia, Masjid Fatah. Penganjuran Solat Sunat Aid ini bertujuan untuk merai dan mengumpulkan semua mahasiswa Malaysia yang berada di Zagazig.

Solat Sunat Aid ini telah diimami sendiri oleh Pengerusi DPMZ sendiri iaitu Ustaz Mohd Shobri Mohd Yaakob. Manakala khutbah pula disampaikan oleh Badan Pengurusan PMRAM yang dijemput khas iaitu Ustaz Muhammad Norhalis Syafiq Bin Ahmad. 



Kehadiran warga Malaysia pada pagi tersebut sangat menggalakkan dan dianggar sekitar 600 hadirin. Setelah selesai solat dan mendengar khutbah, mereka mengambil peluang untuk bersalam-salaman dan beramah mesra serta bergambar kenangan.

0 comments:

Sahabat