Wednesday, November 7, 2012

Sambutan Aidil Adha PMRAM 2012 di Tanta

Posted by UPP DPMZ On 4:49 AM No comments

29 Okt, Tanta – Bagi menjayakan salah satu resolusi Konvensyen DPM IV yang diadakan pada 29 Februari lepas, iaitu Menghidupkan Suasana di DPM, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir telah menganjurkan Sambutan Aidil Adha PMRAM 2012 (ADHA ’12) di Dewan Pelajar Tanta, Maarad, Tanta, Gharbiah.

Semua mahasiswa yang berada di Perlembahan Nil berkumpul dan bersatu demi menjaya sambutan tersebut. Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig juga tidak melepaskan peluang untuk menghantar kontinjen demi menunjukkan persepakatan menjayakan resolusi Konvensyen DPM tersebut. Antara wakil DPMZ adalah Saudara Mohd Zainullah bin Mohd Pauzi sebagai Pengarah Program, Saudara Zuhaili bin Zanal Ali sebagai Setiausaha dan Saudara Muhammad Zul Azri bin Zainal sebagai Ketua Ekskutif Masakan dan Hidangan.









Sambutan Adha ’12 yang berlansung selama dua hari itu dimulakan pada hari pertama dengan sembelihan empat ekor unta korban, aktiviti melapah dan jamuan sup tulang. Pada malamnya hadirin dihidangkan pula dengan pengisian rohani oleh Ustaz Solehuddin bin Safien.

Pada keesokan harinya, bermulalah jamuan Sambutan Adha ’12 yang dimeriahkan oleh dua orang juru hebah dan kumpulan nasyid al-Wadi. Kehadiran pengunjung dianggarkan sekitar 3000 dari semua PMRAM cawangan.

0 comments:

Sahabat