Tuesday, November 27, 2012

RIBAT TAAKHI ZON C

Posted by UPP DPMZ On 8:59 PM No comments


 Saudara Syarqawi dan Saudara ZulFadhli memberi motivasi bersempena Imtihan

ZAGAZIG, 25 November : Demi menjayakan resolusi konvesyen yang lepas, iaitu menghidupkan suasana di DPM, Zon C KPIPM, BKPJM, KPP, DPMZ & DPM Damanhur telah mengambil inisiatif mengadakan Ribat Taakhi Zon C. Disamping itu juga RIBAT ini diadakan untuk menautkan ukhwah dalam kalangan ahli PMRAM Zon C diperingkat pengajian islam mahupun sains kesihatan. 


Program bermula pada jam 7.15 malam yang telah diadakan di Masjid Salam Zaqazig, majlis dimulakan dengan slot motivasi yang telah disampaikan oleh Ust Sharkawi bersama Ust Zulfadhli. Majlis diteruskan dengan ucapan dari setiap Yang Dipertua dan Pengerusi DPM zon C. 


Agenda seterusnya diteruskan dengan ucapan daripada Ust Nur Ahmad Wafiy Noor Azri selaku Naib Presiden II merangkap Ketua Lajnah Muhafazah,didalam ucapan beliau mengucapkan tahniah kepada Zon C kerana berusaha untuk menjayakan resolusi yang telah disepakati dalam konvesyen yang lepas iaitu menghidupkan suasana di DPM. Majlis berakhir pada jam 10.00 malam dan turut diadakan jamuan kepada ahli-ahli yang hadir.



"MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN"

0 comments:

Sahabat