Tuesday, November 27, 2012

Takziah Buat Saudara Haziq Asnawi Sekeluarga

Posted by UPP DPMZ On 2:09 PM No comments



Assalamualaikum wbt. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Setiap yang bernyawa pasti akan mati, daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali.



Barisan AJKT DPMZ serta seluruh warga DPMZ mengucapkan takziah kepada Saudara Haziq Asnawi (Tahun 1, Kuliah Perubatan Universiti Zagazig) sekeluarga di atas pemergian bondanya (Puan Rusnah Haji Janudin)  yang pergi menemui Rab Izzati. Pihak DPMZ mendoakan semoga arwah bonda beliau ditempatkan bersama para solihin dan para anbiyail mursalin di syurga Allah.

Semoga Saudara Haziq dapat tabah dan sabar dengan ujian ini. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang bersabar. Bersama-sama kita sedekahkan Al-fatihah serta memberikan semangat kepada beliau agar dapat menempuhi ujian ini.

0 comments:

Sahabat