Tuesday, June 4, 2013

PEMBENTUKAN FIKRAH DAN SYAKSIAH

Posted by UPP DPMZ On 9:50 PM No comments

          Pada bulan jun ini, Unit Biah Solehah akan meneruskan lagi pembawakan bagi memastikan warga Malaysia khususnya di bumi Zagazig terjaga dan tumbuh dipersekitaran yang baik. Pembawakan yang dimaksudkan pada bulan ini adalah “Pembentukan Fikrah Dan Syaksiah”. 

Dari segi bahasa Fikrah itu ada pemikiran dan syaksiah pula adalah peribadi. Namun penekananan UBS DPMZ adalah fikrah dan syaksiah Islamiah Sohehah (benar) yang bertepatan dengan syarie.

   
Doa adalah senjata orang mukmin biarpun pada keadaan senang dan susah


Al Baqarah ayat 138

صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُون

Firman Allah yang bermaksud: “Celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam,  dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada celupan Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat.”

Ayat di atas menerangkan bagi kita bahawa agama Islam adalah agama yang terbaik kerana ia berasal dari Pencipta Yang Agung, maka tiada keraguan padaNya. Kesyumulan Islam meliputi segalanya-galanya dan tiada terkecuali dan Firman Allah SWT: 

“Dan Kami turunkan Kitab Al-Quran kepada kamu dengan menerangkan setiap sesuatu”.
 (An-Nahl: 89)



Islam tidak melarang kita berhibur mahupun bersuka-ria, namun matlamat Islam 
itu lebih besar iaitu menerapkan nilai Islam dalam hidup berdasarkan syara'.


Maka fikrah kita perlu jelas bahawa segala amalan mestilah benar  pada pelaksanaannya agar ia menatijahkan syaksiah yang baik dan sahih dari sebesar-besar perkara sehingga sekecil-kecil perkara. Biarlah hidup ini dipandu oleh agama agar segala perlakuan kita diredhai Allah SWT dan tidak mendatangkan kemurkaanNya. 

Akhirnya , sama-sama kita menjayakan pembawakan yang baik ini dengan selalu mempelajari agama dan melihat sirah Rasulullah SAW agar fikrah terjaga dan syaksiah terpelihara. Jadi hidup hari ini lebih bermakna dari semalam dengan merealisasikan  “Indahnya Hidup Bersyariat”.

 Disediakan

Saudara Amirul Adli 
Ketua Unit Biah Solehah
DPMZ 2012 / 2013        



0 comments:

Sahabat