Tuesday, April 23, 2013

Ribat Siri 2

Posted by UPP DPMZ On 1:08 AM No comments


Jumaat, 19 April - Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig di bawah Unit Biah Solehah telah menganjurkan Ribat Perdana siri II di Zagazig Malaysian Student Hall, Salam Sadnawi, Zagazig. Program ini diadakan bersempena peperiksaan yang bakal tiba tidak lama lagi serta dalam masa yang sama memupuk rasa taqarrub pada Maha Pencipta Allah SWT.

Ribat bermula pada 2.45pagi dengan Qiamullail secara beramai-ramai dan selepas itu solat subuh berjemaah pada pukul 4.00pagi yang diimamkan saudara Umar Izudin pelajar sains kesihatan. Selepas daripada itu kuliah subuh pula disampaikan oleh Ustaz Ahmad Qutaibah B. Muhammad, Badan Pengurus PMRAM dan BP angkat PMRAM Cawangan Zagazig. Antara intipati kuliah berkenaan, menekankan penekanan terhadap aspek ibadah yang perlu dijaga iaitu penjagaan solat dan solat berjemaah serta bergantung harap pada Allah yang satu.

                                      Kuliah subuh disampaikan oleh Badan Pengurus PMRAM

Bersempena bulan imtihan, jadikanlah ia medan bagi memulakan kehidupan yang lebih baik dan diberkati dalam mendapat kejayaan.Umat Islam digalakkan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu cita-cita sebelum bertawakkal pada-Nya.

Ribat Kali ini juga bertujuan menzahirkan pembawakan Unit Biah Solehah pada bulan ini iaitu "Memperkasakan Solat Berjemaah."  Sebagai muslim juga, kita mestilah merasai kepentingan solat berjemaah yang mempunyai kelebihan yang pelbagai, bukan sudut pahala sahaja, bahkan mewujudkan suatu kesan yang mendalam iaitu "Kesatuan dan Persaudaraan".

                                             Pengisian jasadiah turut menghiasi Ribat DPMZ.

Program berakhir pada pukul 6.15 pagi dengan sedikit sarapan dan kehadiran dianggar melebihi 150 orang. Semoga ribat kali ini, menyerat hubungan Mahasiswa Malaysia di Zagazig dan melahirkan mahasiswa yang meletakkan taqwa sebagai yang utama dalam kehidupan seharian.


"Memartabat Keilmuan, Memimpin Kesatuan."




0 comments:

Sahabat