Wednesday, August 5, 2009

Mesyuarat Agung Tahunan DPMZ Kali Ke 16 Berlangsung Dengan Jayanya

Posted by UPP DPMZ On 10:11 PM No comments






LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 16 DPMZ 08/09

Tanggal 4 Ogos 2009M bersamaan 13 Syaaban 1430H merupakan detik yang bersejarah apabila Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 16 Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig telah berlangsung dengan jayanya. Majlis turut dihadiri oleh Ust Nik Rosdi Bin Nik Jusoh dan Ust Farhan Bin Aziz selaku wakil Presiden PMRAM merangkap BP angkat bagi DPM Zagazig.

Majlis bermula pada pukul 9 pagi dengan Majlis perasmian oleh Ust Nik Rosdi Bin Nik Jusoh dan kalam aluan oleh Pengerusi DPMZ 08/09 Ust Faizzudin Bin Ghazali dan ucapan Pengarah MAT kali ke 16 Ust Zulkifli Bin Abdul Aziz.

Mesyuarat Agung Tahunan DPMZ kali ke 16 bermula pada pukul 10.45 pagi setelah bilangan ahli DPMZ mencukupi untuk memulakan Mesyuarat Agung.Pengerusi DPMZ 08/09 merangkap pengerusi sidang mesyuarat memulakan mesyuarat dengan kalam iftitah dan melantik setiausaha sidang sesi pagi dan petang dan pengira undi.

Majlis diteruskan dengan pengesahan minit Mesyuarat Agung kali ke 15 oleh Setiausaha Agung DPMZ Ust Mohd Murshid Bin Shafiee. Seterusnya agenda diteruskan dengan perbentangan laporan aktiviti tahunan DPMZ sesi 08/09 dan muhasabah program sesi 08/09 oleh semua AJKT sesi 08/09.Semua ahli mesyuarat memberikan respon dan muhasabah yang baik sepanjang majlis berlangsung.Seterusnya perbentangan laporan kewangan DPMZ 08/09 oleh Ust Solihuddin Bin Mohamad Jahar dan telah mendapat pengesahan daripada sidang mesyuarat.

Agenda mesyuarat yang ditunggu-tunggu adalah perbentangan Usul ,cadangan dan muhasabah daripada ahli.Usul yang 1 dibahaskan oleh Dr Azlizan Bt Supian,Perubatan tahun 4 yang berbunyi “ Dpmz memperteguh kesatuan Mahasiswa Perubatan dan Al-Azhar demi Islam” dan mendapat sokongan dari Ust Ahmad Naqiuddin Bin Md Nor dan Rosdi Bin Latif.Usul yang kedua dibahaskan oleh Ust Muhammad Alhidayat Bin Khalid yang berbunyi ”Memugar kembali kreadibiliti Mahasiswa Islam Mesir “ dan mendapat sokongan daripada Mohd Bukhari Muslim dan Rosdi Bin Latif.Majlis diteruskan oleh sesi cadangan dan muhasabah daripada ahli untuk kepimpinan sesi depan.

Seterusnya majlis diteruskan dengan melantik 2 orang juru audit DPMZ sesi 09/10 dan ucapan penangguhan daripada semua AJKT sesi 08/09.Seterusnya Ust Faizzudin Bin Ghazali selaku Pengerusi DPMZ 08/09 menyampaikan kalam penutup dan membubarkan sesi kepimpinan 08/09 DPMZ.

Majlis ditutup dengan kalam muqaddimah daripada Pengerusi DPMZ sesi 2009/2010 Ust Muhammad Hanif Bin Jamaluddin dan taaruf daripada barisan kepimpinan DPMZ sesi 09/10. Apa yang diharapkan daripada Pengerusi DPMZ 09/10 kepada semua ahli DPMZ supaya terus mendokong dan membantu barisan kepimpinan DPMZ di samping terus mengeratkan ukhuwah terutama dikalangan pelajar Azhar dan Perubatan.

Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada adhoc perlaksana Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 16 dan sijil penghargaan kepada AJKT DPMZ sesi 08/09.Majlis ditutup dengan persembahan nasyid daripada kumpulan In-saff.Sekalung tahniah buat semua adhoc perlaksana dan semua yang telah membantu bagi melancarkan perjalanan MAT pada kali ini.Semua ukhwah kita yang terbina terus kukuh dan kita sentiasa di bawah rahwat dari Allah S.W.T.

0 comments:

Sahabat