al-Allamah Syeikh Dr. Ali Jumuah & PMRAM
Perancangan Allah s.w.t maha hebat. Melalui keberkatan hadis Rasulullah s.a.w. dengan keberkatan usaha menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w. dan meyakini janji Rasulullah s.a.w bahawa Allah akan memudahkan jalan ke syurga bagi mereka yang membuka jalan dalam menuntut ilmu, Majlis Pembacaan Kutub Sittah siri pertama anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir berjaya dilaksanakan dengan penuh gilang gemilang bersama para masyaikh walaupun dirintangi pelbagai onak duri, dugaan dan bermacam-macam cabaran sebelum dan semasa perjalanan majlis.
Segala rintangan dan dugaan yang menimpa sebelum bermula dan sepanjang Majlis Pembacaan Kutub Sittah anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir yang menjadi wadah dan menaungi anak-anak Melayu di Mesir lebih matang dalam mendepani isu dan cabaran. Sebagai sebuah pertubuhan yang telah bertapak di bumi Mesir sejak tahun 1930, komitmen dan keteguhan serta kepercayaan setiap ahli kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir adalah yang menjadi tulang belakang Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir bagi menjayakan setiap majlis dan program yang dianjurkan. Sebagai bukti, kejayaan Majlis Pembacaan Kutub Sittah bersama para masyaikh al-Azhar siri pertama yang berakhir semalam adalah sebagai lambang perpaduan dan menjadikan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir tetap utuh sebagai wadah mahasiswa Mesir.
Sesuatu yang cukup manis buat Pesekutuan Melayu Republik Arab Mesir dan semua peserta Majlis Pembacaan Kutub Sittah kerana para masyaikh al-Azhar memberikan sepenuh komitmen demi mencurahkan ilmu serta menjayakan Majlis Pembacaan Kutub Sittah siri pertama. Lebih bermakna buat semua apabila al-Allamah Mufti Mesir turut bersama dalam majlis penutup Pembacaan Kutub Sittah ini. Harapan yang cukup tinggi daripada semua masyaikh agar kita tetap bersama menghidupkan majlis ilmu, menyemarakkan cinta kepada Rasulullah s.a.w dan dapat meneruskan majlis-majlis ilmu sebegini pada masa akan datang.
dipetik dari laman web rasmi kutub sittah...
dipetik dari laman web rasmi kutub sittah...
0 comments:
Post a Comment