Thursday, October 22, 2009

Jayakan Misi Syaqah PMRAM 2009

Posted by UPP DPMZ On 12:20 AM No comments




Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan bagi semesta alam yang telah memberikan kita nikmat yang cukup mahal iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam.Selawat dan Salam buat Rasul junjungan yang telah memberikan seluruh kehidupannya untuk meninggi dan memperkasakan agama Allah serta para Sahabat Nabi SAW dan insan-insan yang mengikuti jejak langkah mereka di sepanjang zaman.
Tanggungjawab yang telah ditaklifkan ke atas  saya selaku Timbalan Setiausaha (Unit Kebajikan dan Kemanusiaan) Dewan Perwakilan Mahasisiwa Zagazig Sesi 2009/2010 ingin mengucapkan  jutaan terima kasih kepada DPMZ di atas keizinan untuk saya memberi sedikit kalam ringkas  mengenai Misi Dana Syaqah PMRAM.
Sahabat-sahabat sekalian,
            Seperti mana yang kita sedia maklum, pada tanggal 26 Mac 2009 di dalam Muktamar Sanawi PMRAM Ke-76 seluruh ahli PMRAM telah sebulat suara dan bersepakat ke atas usul untuk menjayakan pembelian syaqah PMRAM pada akhir tahun 2009 ini.Justeru itu, sebuah unit dibentuk di bawah Naib Presiden 3 (Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan) PMRAM iaitu Unit Dana Syaqah (UDS) bertujuan untuk merancang gerak kerja bagi menjayakan misi ini dengan dibantu menerusi seluruh Unit Kebajikan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahasisiwa/wi (DPM) yang bernaung di bawah PMRAM.
Antara hadaf utama Misi Syaqah PMRAM dilaksanakan :
1.      Melicinkan perjalanan pentadbiran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.
2.      Mengurangkan perbelanjaan bagi kos bayaran sewa pejabat dan urusan kepejabatan.
3.      Mempunyai hak mutlak di atas pengurusan pejabat Persekutuan Melayu Arab Mesir.
Menerusi persepakatan ahli PMRAM pada Muktamar itu juga telah tercetus penawaran mekanisma pembayaran seperti berikut :
1.      Pembayaran LE 300 secara tunai bagi yang barkemampuan.
2.      Pembayaran ansuran selama 3 bulan jika kurang kemampuan secara tunai.
3.      Pembayaran ansuran sehingga Disember 2009 jika kurang kemampuan 3 ansuran bulan.
4.      Pembayaran ansuran mengikut kadar kemampuan individu bagi yang kurang berkemampuan.
Sahabat-sahabat sekalian,
Marilah kita sama-sama melahirkan rasa tanggungjawab di dalam diri masing-masing sebagai ahli PMRAM.Selama ini PMRAM telah banyak menabur jasa dan menjadi persatuan utama  bagi menjaga kebajikan mahasiswa/wi di bumi Mesir ini.Justeru itu, marilah sama-sama kita menyumbang bagi membantu PMRAM ke arah merialisasikan Misi Syaqah PMRAM 2009 ini.Semoga secebis sumbangan yang kita salurkan diambil kira oleh Allah SWT dan menjadi saham serta bekalan di akhirat kelak.
            Ingatlah bahawa pahala suatu amal yang baik seringkali dilipatgandakan, bahkan bila sedekahnya dalam bentuk wakaf, maka pahalanya akan terus mengalir meskipun pelakunya sudah wafat, Rasulullah SAW bersabda:

اِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ
Apabila anak Adam wafat, putuslah amalannya kecuali tiga perkara, yakni sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya (HR. Muslim)
            Akhirnya , saya merakamkan jutaan tahniah dan terima kasih di atas sumbangan yang telah diberikan semoga hasil usaha dan sumbangan yang kalian hulurkan diterima di sisi Allah dan semoga Misi Syaqah PMRAM 2009 akan membuahkan hasil dengan tercapainya pembelian sebuah syaqah pada hujung tahun 2009 ini, InsyaAllah.
Sekian, terima kasih.
Wasalam.

Disediakan oleh :
Timbalan Setiausaha Agung,
(Unit Kebajikan & Kemanusiaan)
Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig,
Sesi 2009/2010.



0 comments:

Sahabat