Friday, October 16, 2009

Sukan Asean 2009 Menaut Ukhuwwah Mahasiswa Malaysia-Indonesia

Posted by UPP DPMZ On 2:33 PM No comments


Aksi Perlawanan Akhir yang dimenangi Malaysia A
ISTAD SYARQIAH, DEWAN DAR SALAM & ISTANA NEGARA, 13-14 Oktober 2009 : Unit Kebudayaan, Kesenian Dan Sukan (UKKS) DPMZ telah menganjurkan Sukan Asean 2009 bersama-sama DPD-PPMI Zagazig.Program ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah sesama mahasiswa Islam Asia Tenggara.Majlis Perasmian telah diadakan pada 13 Oktober 2009 di Istad Syarqiah pada jam 6.30 pagi dengan pelancarannya disempurnakan oleh wakil BP PMRAM, Ustaz Nik Rosdi Nik Jusoh.
          Bola sepak menjadi acara pembukaan bagi kejohanan kali ini.DPMZ telah menghantar 3 pasukan iaitu Malaysia A, B dan C.DPD juga menghantar jumlah penyertaan yang sama.Acara dijalankan secara liga di dalam 2 kumpulan.Perlawanan Separuh Akhir 1 menemukan Malaysia B dengan Indonesia B yang berkesudahan dengan kemenangan Indonesia B melalui sepakan penalti 4-2 setelah kedudukan seri 1-1selepas tamat masa sebenar perlawanan.Malaysia A pula tidak menghadapi masalah untuk menewaskan Indonesia C 3-0 pada dalam aksi Separuh Akhir 2.Perlawanan Akhir dimenangi oleh Malaysia A setelah menumbangkan Indonesia B 4-0.

          Acara Catur pula diadakan pada jam 4 petang sehingga malam.Acara ini disertai oleh 8 peserta dari kedua-dua negara dan dimenangi oleh Dr Mazuwan Mohd Noh dari Malaysia setelah mengalahkan peserta Indonesia Ustaz Irham dalam perlawanan Akhir.Perlawanan Ping Pong dan Pro Evolution Soccer 2009 (PES 09) diadakan pada waktu yang sama.

Pemain Malaysia A beraksi menentang Indonesia A
          Hari Kedua pula dimulakan dengan acara Bola Tampar pada jam 7 pagi dengan Malaysia dan Indonesia menghantar 2 pasukan.Pertandingan dijalankan secara pusingan "round robin".Pasukan Malaysia A akhirnya memenangi acara ini setelah mengenepikan cabaran 3 pasukan yang lain.Acara Ping Pong dimenangi oleh pasukan Indonesia yang yang juga menewaskan 3 pasukan yang lain.

Acara Dewan PES 09 dan Catur berlangsung di Dewan Dar Salam

         Sementara itu, acara PES 09 dimenangi oleh peserta Indonesia Ustaz Ekta Yuda Perdana selepas mengalahkan peserta Malaysia Ustaz Aiman Kamaluddin dalam perlawanan akhir.Perlawanan berlangsung sengit dengan peserta Indonesia yang menggunakan Chelsea berbalas serangan dengan peserta Malaysia yang menggunakan Inter Milan.Perlawanan dilanjutkan sehingga ke masa tambahan setelah kedudukan seri 4-4.Peserta Indonesia akhirnya memenangi acara ini dengan menjaringkan 2 gol tambahan.Seorang lagi peserta Malaysia , Ustaz Fauziy Ishak mendapat tempat ketiga.
          Majlis Penutup diadakan pada jam 7.30 malam dan dirasmikan oleh Ketua DPD Ustaz Ekta Yuda Perdana.Hadiah-hadiah telah disampaikan kepada para pemenang.Malaysia telah diumumkan sebagai juara keseluruhan bagi kejohanan pada edisi kali ini.DPMZ berharap kejohanan ini dapat meneguhkan ukhuwwah sesama mahasiswa.Insya Allah DPMZ bersama DPD akan merencana serta mengadakan lebih banyak program yang memberi manfaat kepada mahasiswa kedua-dua negara pada masa hadapan.

0 comments:

Sahabat