Monday, December 14, 2009

Selamat Datang Mahasiswa Baru!!!

Posted by UPP DPMZ On 1:15 AM 1 comment


Ahlan Wasahlan..... Pengerusi dan AJKT DPMZ menyambut kedatangan YDP KPKM  
(3 dari kanan) serta barisan AJKT KPKM.

MANSYIAH SALAM, ZAGAZIG, KHAMIS, 10 DISEMBER 2009 : DPMZ telah menyambut kedatangan seramai 3 orang mahasiswi baru Fakulti Perubatan Universiti Zagazig yang mendapat tajaan Yayasan Islam Kelantan (YIK).Rombongan mereka telah diketuai oleh Yang Dipertua Keluarga Pelajar Kelantan Mesir (KPKM), Ustaz Mohd Najid Abdullah bersama-sama beberapa orang AJKT KPKM dan tiba di Zagazig pada jam 11.30 pagi dengan menggunakan van yang disewa khas.Kedatangan mereka telah disambut oleh Pengerusi DPMZ, Ustaz Muhammad Hanif Jamaluddin, Timbalan Pengerusi DPMZ Ustaz Solihuddin Mohd Jahar serta beberapa AJKT dan ahli DPMZ yang lain.

         Ahli-ahli DPMZ telah membantu untuk memindahkan barangan mahasiswi baru tersebut ke rumah mereka.YDP KPKM, Ustaz Muhd Najid Abdullah melahirkan rasa kesyukuran kepada pihak DPMZ di atas bantuan yang telah diberikan untuk menyambut mahasiswi baru tersebut.Pengerusi DPMZ juga berharap hubungan baik DPMZ bersama-sama KPKM dapat diteruskan pada masa hadapan demi mengukuhkan ukhuwwah Islamiah sesama mahasiswa Malaysia serta bersama-sama membentuk masyarakat mahasiswa yang berteraskan konsep "Satu Fikrah Satu Amal".Semoga hubungan yang ditaut DPMZ dan KPKM di bawah naungan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) berkekalan.

         DPMZ juga telah menyambut kedatangan 8 orang mahasiswa baru Fakulti Farmasi Universiti Zagazig pada minggu lepas iaitu seramai 3 lelaki dan 5 perempuan.Mereka sebelum ini merupakan mahasiswa Universiti Mansurah yang telah menukar pengajian ke Universiti Zagazig.Kedatangan mereka juga telah diuruskan dengan baik.DPMZ berharap seluruh mahasiswa baru tersebut dapat meneruskan pengajian dengan jayanya serta mengucapkan selamat datang kepada mereka.Semoga kehadiran mereka mendapat rahmat dan reda Allah.

1 comments:

salam,syukran jazilan kerna sudi menyambut kedtangan kami walau hanya b'tiga.trm ksh jg kerna mengurus sgl urusan p'tauzikan kami ke sini.
p/s: 2 org ikhwah dlm gmbr tu "ngata" jah=)

Sahabat