Monday, July 25, 2011

Rehat Minda di REST Sambil Renungi Kebesaran Ilahi

Posted by UPP DPMZ On 5:09 PM No comments


FAYYOUM, 21 Julai 2011 - Musim selesai peperiksaan merupakan waktu yang paling sesuai untuk seluruh mahasiswa melepaskan segala tekanan dan menenangkan fikiran. Justeru, pihak DPMZ melalui Unit Sambutan Dan Rehlah telah menganjurkan Rehlah Santai Fayyoum (REST).


Perjalanan yang bermula jam 5.30 pagi itu telah membawa para peserta untuk menikmati keindahan alam ciptaanNya serta mengambil pengajaran di atas peristiwa-peristiwa yang telah berlaku.


Sepanjang rehlah ke daerah yang terkenal dengan kincir air sebagai mercu tandanya, para peserta telah dibawa melawat ke tasik Qarun, Air Terjun Wadi Ar-Rayyan, kebun buah Ain Sillin dan kincir air Nabi Yusuf serta diberi penerangan oleh musyrif yang turut hadir mengenai lokasi-lokasi tersebut.


Apabila ditemubual, salah seorang peserta telah menyatakan rasa ta'jub dan kagum dengan keajaiban segala aturanNya di sepanjang perjalanan rehlah tersebut. Beliau juga berharap agar dapat menyertai rehlah-rehlah yang sebegini di masa akan datang.


Dalam perjalanan pulang, Saudara Muhamad Zuhaili Zanal Ali selaku musyrif pada rehlah kali ini menyimpulkan bahawa pengajaran yang terbesar sepanjang perjalanan dan peristiwa-peristiwa yang berlaku adalah kita semua hanya makhluk yang lemah, tidak kekal dan pastinya akan kembali menemui yang Maha Esa.


Pihak DPMZ mengharapkan agar rehlah ini dapat memberi manfaat dan pengajaran yang bermakna buat semua peserta di samping dapat mengukuhkan silaturrahim sesama peserta.


Tasik Qarun...tasik ke-3 terbesar di Mesir
Antara pemandangan menarik sepanjang perjalanan
Musyrif memberi penerangan di sepanjang perjalanan rehlah 
Air Terjun Wadi Ar-Rayyan...air terjun di tengah-tengah padang pasir
Para peserta melepaskan lelah selepas jauh berjalan

Air mata air yang dikatakan mempunyai khasiat yang tersendiri
Menunggu giliran menaiki sampan mengelilingi tasik
Kincir Air Nabi Yusuf, mercu tanda daerah Fayyoum

Cenderahati di sepanjang jalan 

0 comments:

Sahabat