Assalamualaikum wbt…
Makluman kepada semua mahasiswa/wi Pengajian Sains
Kesihatan (warga Malaysia di Zagazig) yang sedang menghadapi peperiksaan
ulangan (dhur thani) di Universiti Zagazig dan kadang kala ada berlakunya
perhimpunan aman selepas sesi peperiksaan berjalan.
Pihak DPMZ menasihati kepada kalian yang
menghadiri peperiksaan sila tingkatkan tahap keselamatan diri ketika berada di
dalam universiti. Di sini pihak DPMZ menggariskan beberapa langkah berjaga-jaga
yang perlu dipatuhi oleh seluruh warga Malaysia di Zagazig :-
1. Sentiasa membawa dokumen pengenalan diri
samaada passport, kad pelajar, kad EME atau kad PMRAM jika keluar daripada kawasan
penempatan.
2. Tidak dibenarkan untuk menghampiri mana-mana
perhimpunan aman yang berlaku di dalam universiti mahupun di luar universiti.
3. Pulang terus ke rumah selepas berurusan di universiti
(seperti menduduki peperiksaan dsb)
4. Sentiasa peka dengan keadaan sekeliling di
mana anda berada.
5. Mematuhi makluman dan pekeliling keselamatan
yang dikeluarkan oleh DPMZ dari masa ke semasa.
6. Sekiranya berlaku sebarang permasalahan
hendaklah sila hubungi terus kepada saudara Muhamad Nasuha Bin Mohd
Zakariah, Pengerusi DPMZ di talian +201146787583.
DPMZ mengharapkan agar semua mahasiswa/wi Malaysia
di Zagazig sentiasa peka dan tenang dalam menghadapi sebarang situasi yang
berlaku serta mengikuti perkembangan terkini dari masa ke semasa. Bersama kita
doakan supaya keadaan di Mesir kembali seperti sediakala.
“Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan”
Muhamad Nasuha Bin Mohd Zakariah,
Pengerusi,
Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig
Sesi 2013/2014
1 comments:
Salam...
Bagaimanakah keadaan di zagazig sekarang..?
Hal ini demikian kerana saya berkemungkinan akan ke sana pada bulan september 2014 nanti...
Post a Comment