Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Wednesday, October 2, 2013

Makluman Keselamatan di Zagazig

Posted by UPP DPMZ On 3:33 PM


Assalamualaikum wbt…

Makluman kepada semua mahasiswa/wi Pengajian Sains Kesihatan (warga Malaysia di Zagazig) yang sedang menghadapi peperiksaan ulangan (dhur thani) di Universiti Zagazig dan kadang kala ada berlakunya perhimpunan aman selepas sesi peperiksaan berjalan.

Tuesday, September 17, 2013

Kesemua Calon Menang Tanpa Bertanding

Posted by UPP DPMZ On 2:19 PM

Assalamualaikum wbt...

Dengan ini bahawasanya pihak Suruhanjaya Pilihanraya DPM Zagazig 2013 tidak menerima sebarang bantahan ke atas calon-calon Ahli Jawatankuasa Tadbir DPMZ sesi 2013/2014 setelah tempoh waktu bantahan tutup pada tengah hari tadi.

Monday, September 16, 2013

Senarai Calon DPMZ 2013/2014 dan Tempoh Bantahan Calon

Posted by UPP DPMZ On 12:29 AM



Assalamualaikum wbt...

Dengan ini bahawasanya pihak Suruhanjaya Pilihanraya DPM Zagazig 2013 telah menerima borang pencalonan baru bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Tadbir sesi 2013/2014 selepas tempoh pencalonan tutup petang tadi.

Thursday, September 12, 2013

Pengumuman : SPR DPM Zagazig 2013

Posted by UPP DPMZ On 7:10 AM

Assalamualaikum wbt...

Dengan ini bahawasanya pihak Suruhanjaya Pilihanraya DPM Zagazig 2013 telah bersetuju membuka pencalonan baru bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Tadbir sesi 2013/2014.

Sunday, September 1, 2013

Keberadaan AJKT DPMZ di Mesir

Posted by UPP DPMZ On 5:55 PM



Assalamualaikum wbt…

Makluman kepada semua bahawa barisan kepimpinan Ahli Jawatankuasa Tadbir Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) sesi 2012/2013 masih berada di Zagazig (Mesir).

Friday, August 17, 2012

Makluman Penting : Percalonan AJKT DPMZ 2012/2013 Dibuka Semula

Posted by UPP DPMZ On 1:48 PM

Setelah tamat tempoh bantahan pada 16 Ogos 2012, Suruhanjaya Pilihan Raya menerima penarikan diri 2 orang calon Ahli Jawatan Kuasa Tadbir.

Pencalonan dibuka semula pada : 18 Ogos 2012
 
Borang pencalonan boleh didapati di Bilik Operasi SPR DPMZ di Dewan Darul Wehdah bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang
 
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh menghubungi :
 
Saudara Rosdi bin Latif  (Pengarah SPR DPMZ 2012)    +201113629766


Wednesday, June 27, 2012

تهنئة قلبية خاصة | Sekalung Tahniah Buat Dr. Mursi, Presiden Mesir

Posted by UPP DPMZ On 4:07 AM



تتقدم الجمعية الملايوية بجمهورية مصر العربية بأحرى التهانى القلبية إلى السيد الرئيس : د. محمد مرسى وذلك بمناسبة فوزه فى الإنتخابات الرئاسية الأولى بعد الثورة 25 يناير رئيسا لــ جمهوريه مصر العربيه أكبر دولة عربية فى الشرق الأوسط

.ونسأل الله العظيم رب العرش الكريم لكم دوام التقدم لصالح مصر والأمة العربية والإسلامية جميعا ولها تأثيرا عميقا فى تكوين دول الإسلامية الأخرى فى العالم. ونتمنى لكم التوفيق فى رفع راية الحرية والعدالة

وفقكم الله وسدد خطاكم وإلى الأمام دائما
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) mengucapkan sekalung  tahniah buat Dr. Muhammad Mursi, yang diumumkan sebagai Presiden baru Mesir di atas kemenangan pilihan raya pertama kali selepas revolusi 25 januari.

Kami mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kebaikan untuk Mesir dan masyarakat arab serta seluruh dunia Islam. Semoga hasil kemenangan ini memberikan kesan yang besar kepada pembentukan negara-negara Islam di seluruh dunia.

Kami mengharapkan agar Allah SWT memberikan kekuatan kepada Dr. Muhammad Mursi dalam menegakkan panji-panji Islam.

PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR
PMRAM 2012

Sumber : pmram.org

Tuesday, April 3, 2012

Pengumuman Pejabat Baru DPMZ

Posted by UPP DPMZ On 1:38 PM

          Pengumuman kepada seluruh warga Zagazig, Jabatan Setiausaha Agung DPMZ secara rasminya mengumumkan telah memindahkan urusan pentadbiran di pejabat baru. Pejabat ini terletak bersebelahan Dewan Darul Wehdah, Salam. Tujuan pemindahan operasi ke pejabat ini ialah bagi memudahkan ahli-ahli untuk berurusan dengan DPMZ sama ada urusan rasmi atau biasa seperti pembelian beras, peminjaman aset DPMZ dan sebagainya. 

Wednesday, February 1, 2012

Kalam Pembukaan Muzakarah Berkelompok

Posted by UPP DPMZ On 2:31 PM



Assalamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh

Institusi Muzakarah Berkelompok yang telah dibina bagi membentuk peribadi muslim yang cemerlang telah menjadi tunjang belakang PMRAM. PMRAM yang diasaskan pada 1930 hasil daripada kesedaran masyarakat Melayu di bumi Mesir terhadap kepentingan berpersatuan, telah mula membentuk konsep ini.

Wednesday, January 25, 2012

Kumpulan Rakan Muslim Yang Terkini 2012

Posted by UPP DPMZ On 6:31 PM

 Sila klik image ini untuk paparan lebih jelas.

Tuesday, November 22, 2011

Pekeliling Keselamatan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)

Posted by UPP DPMZ On 7:12 PM

Seluruh mahasiswa diminta untuk mengambil sepenuh perhatian dan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap isu keselamatan yang berlegar di sekitar Mesir terutamanya di bumi Zagazig. Untuk sebarang permasalahan dan persoalan khususnya berkenaan Zagazig, boleh terus menghubungi Pengerusi DPMZ, Saudara Muhamad Zainullah Bin Mohd Pauzi (01093129590).

Tuesday, October 11, 2011

Pekeliling Keselamatan Terkini, Langkah Berhati-Hati Buat Seluruh Ahli DPMZ.

Posted by UPP DPMZ On 3:12 PM


Sebarang masalah, boleh terus hubungi pengerusi DPMZ, Saudara Mohd Zainullah Mohd Pauzi ditalian:+20109 3129590, penting buat seluruh Mahasiswa/wi khususnya di ZAGAZIG, harap maklum dan sebarkan!


Dinasihatkan supaya seluruh ahli DPMZ dapat mematuhi pekeliling keselamatan terkini,


Sebarang maklumat keselamatan akan dimaklumkan dari masa ke semasa, harap maklum.

Friday, August 19, 2011

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 1432 Hijrah

Posted by UPP DPMZ On 8:10 PM


Makluman kepada semua Mahasiswa dan Mahasiswi Malaysia yang berada di Mesir, zakat Fitrah pada tahun ini 1432 H bernilai LE 10 .

Nilai ini adalah berdasarkan ketetapan yang telah dikeluarkan oleh Darul Ifta’ Mesir.

Monday, August 15, 2011

Majlis Timbal Balik Tugasan AJKT - Satu Titik Mula Kepimpinan Baru Merealisasikan Impian DPMZ

Posted by UPP DPMZ On 2:28 AM

PEJABAT DPMZ , DAR SALAM, 14 OGOS 2011, 10.00 MALAM - Jabatan Pengerusi DPMZ telah mengadakan Majlis Timbal Balik AJKT yang telah dihadiri oleh barisan kepimpinan baru DPMZ dan mantan AJKT pada sesi sebelumnya. Objektif majlis ini adalah untuk mengemaskini gerak kerja unit DPMZ pada sesi kali ini, meneguhkan ukhuwah sesama ahli kepimpinan dan mantan, serta memberikan informasi berguna kepada kepimpinan baru.

 Sesi penerangan gerak kerja AJKT daripada mantan AJKT 2010/2011

Sunday, August 14, 2011

Direktori Ahli Jawatankuasa Tadbir DPMZ Sesi 2011/2012

Posted by UPP DPMZ On 5:24 PM


Pengerusi (Unit Hubungan Luar)
MOHD ZAINULLAH BIN MOHD PAUZI
Tahun 3 Fakulti Usuluddin Jabatan Hadis
Universiti Al-Azhar Zagazig
Terengganu
+2019-3129590

Monday, August 8, 2011

Mari Kenali Calon AJKT DPMZ 2011/2012!

Posted by UPP DPMZ On 3:35 PM

Sunday, August 7, 2011

Pengumuman Calon AJKT DPMZ Sesi 2011/2012

Posted by UPP DPMZ On 1:02 AM


Berikut ialah senarai calon-calon Ahli Jawatan Kuasa Tadbir Dewan Perwakilan Zagazig bagi sesi 2011/2012. Memandangkan tiada bantahan kepada mana-mana calon, dengan ini SPR DPMZ 2011 mengumumkan bahawa kesemua calon menang tanpa bertanding. Tahniah diucapkan kepada seluruh calon dan selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Monday, August 1, 2011

Jadual Mushrif ke Masjid bagi solat sunat Terawih sepanjang Bulan Ramadhan 1432H

Posted by UPP DPMZ On 3:42 PM

Untuk paparan lebih jelas, sila klik image ini.

Perhatian:

1) Pembetulan no. telefon Dr Naim Safaraz Ahmad : 011-1106654 & Dr Mazuan : 011-2098764
2) Nama-nama di atas adalah mas'ul yang bertanggungjawab untuk setiap urusan mushrif di Zagazig. 
3) Makluman untuk mendapatkan perkhidmatan mushrif ke masjid selewat-lewatnya 30 minit sebelum masuk waktu solat Isyak.
4) Setiap akhawat wajib mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk keselamatan bersama.

Saturday, July 30, 2011

SPR DPMZ 2011 Mula Beroperasi, Pencalonan Bagi AJKT DPMZ 2011/2012 Mula Dibuka

Posted by UPP DPMZ On 10:04 PM


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) 2011 membuka pencalonan bagi Ahli Jawatankuasa Tertinggi Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig 2011/2012 bermula 30 Julai 2011 (Ahad) hingga 4 Ogos 2011 (Khamis). Sebarang permasalan berkenaan borang pencalonan dan syarat-syarat boleh didapati di Bilik Gerakan SPR Cawangan Zagazig bertempat di Dewan Darul Wehdah.

Wednesday, July 20, 2011

Manfaatkan Sebaiknya Borang Aduan Hak Mahasiswa

Posted by UPP DPMZ On 6:32 PM



KAHERAH, 18 Julai: Isu pencabulan hak mahasiswa yang berlaku baru-baru ini telah mendapat respon meluas daripada pelbagai pihak.

PMRAM turut memandang serius isu Mahasiswa yang berlaku sebagai isu keadilan dan hak bersama yang perlu dipertahankan di setiap peringkat.

Sahabat