KAHERAH, 18 Julai: Isu pencabulan hak mahasiswa yang berlaku baru-baru ini telah mendapat respon meluas daripada pelbagai pihak.
PMRAM turut memandang serius isu Mahasiswa yang berlaku sebagai isu keadilan dan hak bersama yang perlu dipertahankan di setiap peringkat.
Atas nada kebersamaan dan kesatuan dalam isu ini, PMRAM di bawah Naib Presiden III merangkap Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2011 menyeru agar kembali memperkasa dan memanfaatkan sebaiknya Borang Aduan Hak Mahasiswa sebagai medium penyampaian maklumat.
"Rentetan isu yang berlaku dan laporan yang diterima,PMRAM mengharapkan agar mahasiswa dan mahasiswi yang dinafikan hak dapat mengisi borang hak aduan mahasiswa agar segala maklumat dapat dipusatkan dan tindakan susulan dapat dibuat ", ujar Naib Presiden III, merangkap Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2011, saudara Syeikh Muhd Mujahid Sikh Nawawi.
Borang aduan hak mahasiswa boleh didapati secara terus daripada web PMRAM. Segala permasalahan boleh berhubung secara terus dengan unit kebajikan cawangan masing-masing.
Sumber : pmram
0 comments:
Post a Comment