Apakah
perkara pertama yang berlegar di minda anda apabila tiga elemen ini dibaca?.
Secara asasnya, pelbagai tafsiran dan fikiran terhadap hal ini di atas paksi
idea masing-masing. Setiap manusia di atas planet ini bernegara dan
berkerajaan. 7 bilion populasi penduduk dunia dengan ratusan wilayah,
berbilang-bilang bangsa dan pelbagai bentuk struktur kerajaan yang tersendiri.
Negara
Negara
merupakan dasar elemen terpenting dalam memahami konsep hubungan antarabangsa,
sejauh manakah kepentingan itu bergantung kepada krisis negara. Mengambil sudut
pandang hubungan antarabangsa merupakan disiplin utama dalam tindakan sesebuah
negara dan interaksi antara negara.
Secara
faktanya, ia juga boleh disifatkan bagaimana sesetengah mereka mengambil alih
sesebuah kawasan atau tempat yang sedang tiada kerajaan atau berlaku perang
saudara ,huru-hara (anarki) yang mana masyarakatnya tidak lagi dikawal oleh
kerajaan.
Demikian
itu, peperangan menjadi kelaziman dalam struktur sistem dan keselamatan kuasa
tertinggi dasar luar negara. Begitulah pentingnya pengukukan demokrasi negara
yang mendorong kekuatan politik negara. Hilang dan jatuhnya kawalan kerajaan
terhadap negara, menurut dasar polisi di atas, pihak berkuasa tentera adalah
jalan terakhir bagi mengawal dan menyelia kedaulatan negara.
Selepas
kerajaan Mesir dibubarkan, Mesir tidak mempunyai penguasa yang mengawal, tiada
pelaksana undang-undang, perlembagaan negara dibatalkan, maka dengan serta
merta kuasa tertinggi tentera mengambil alih bertujuan menjaga keselamatan
negara dari ancaman keselamatan dalam mahupun luar. Namun, selepas kerajaan terbentuk, keutamaan
kuasa mentadbir negara mesti diserahkan kepada kerajaan yang dipilih oleh
masyarakat sivil di negara tersebut. Negara kita Malaysia, Angkatan Tentera
Diraja Malaysia (ATM) bukan di bawah sepenuhnya bidang kuasa kerajaan
persekutuan. Pemerintah tertinggi angkatan bersenjata persekutuan
ialah KDYMM Sultan Yang-Dipertuan Agong seperti mana yang termaktub di dalam
perlembagaan.
Negara
juga difahami sebagai kedaulatan wilayah yang dikuasai, ia berkaitan juga
dengan kerajaan, mengawal dan menjaga kedaulatan sempadan. Wilayah ini dikawal
satu-satunya kerajaan, masyakarat yang tinggal di wilayah itu adalah rakyat
negara tersebut, ia membawa maksud wujudnya ketaatan dan manfaat antara dua
belah pihak.
Rakyat
membayar cukai, jika kerajaan yang di wilayahnya itu bertanggungjawab atas
kapasiti pemerintah, rakyat akan mendapat manfaat dengan pembinaan jalan,
sekolah, keselamatan dalam negeri, pembangunan sosial, had pengangguran, hak
pesara, kemajuan serta rakyat menikmati kekayaan negara.
Kerajaan
Kerajaan
merupakan kuasa pentadbir undang-undang bagi segenap sempadan dalam negara.
Seluas mana kedaulatan sempadan dan wilayah negara, seluas itu juga pentadbiran
sesebuah kerajaan dalam memerintah dan menyelia wilayah masing-masing. Terdapat
pelbagai jenis pentadbiran kerajaan yang dilaksanakan.
Demokrasi
adalah sistem kerajaan yang majoritinya di kebanyakan negara mengamalkan sistem
ini. Secara ringkasnya, ia melibatkkan sekurang-kurangnya dua parti politik
perlu dipilih sebagai parti pemerintah. Corak demokrasi negara bergantung
kepada bagaimana kerajaan itu membentuk.
Jalan pemerintahan melalui pemilihan parti adalah Pilihanraya, keputusan yang
keluar adalah bergantung kepada jumlah pengundi. Parti yang mendapat jumlah
undi terbanyak akan memerintah. Pemerintah boleh ditukar ganti dengan parti
yang lain melalui sistem yang sama.
Malaysia,
struktur pemerintahan kerajaan dibahagikan kepada beberapa bahagian, badan
eksekutif, badan perundangan, dan badan kehakiman. Eksekutif terdiri daripada
kabinet kerajaan, kementerian, jabatan dan agensi kerajaan. Bahagian
perundangan adalah parlimen. Parlimen adalah bahagian memproses, menggubal,
meminda dan apa-apa yang berkaitan dengan perundangan. Terciptanya suatu akta
dan undang-undang adalah bidang kuasa parlimen. Di bahagian ini, rakyat
berkuasa untuk memilih sesiapa sahaja yang difikirkan layak untuk mewakili
suara mereka ke dewan parlimen. Badan kehakiman, yang terdiri daripada struktur
dan sistem kehakiman yang berkuasa penuh terhadap mahkamah. Bahagian-bahagian
ini digelar sebagai sistem pengasingan kuasa. Seperti parlimen tidak berkuasa
atas urusan mahkamah.
Monarki,
kuasa mutlak beraja, dikawal kerajaannya oleh sebahagian golongan, seperti yang
diamalkan di Arab Saudi oleh Sultan Abdullah bin Abdul aziz, Brunei oleh Sultan
Hassanal Bolkiah, Qatar oleh Sultan Hamad bin Khalifa Al Thani, dan lain-lain
lagi. Kuasa mereka adalah selaku ketua wilayah atau negara, juga selaku
pemerintah kerajaan. Struktur sistem ini juga terdapat pelbagai konsep, seperti
kuasa mutlak diraja seperti Arab Saudi, raja berperlembagaan, yang mana kuasa
dan bidang kuasa raja menepati peruntukkan di dalam perlembagaan seperti yang
diamalkan di Malaysia, United Kingdom, dan juga di negara komenwel yang lain.
Terdapat juga, negara yang mengubah dari sistem mutlak diraja kepada sistem
raja berperlembagaan seperti Morocco.
Merah-
pemerintahan mutlak beraja | Oren- Pemerintahan Separa raja beperlembagaan |
Hijau tua- Raja berperlembagaan | Hijau- Kommenwel (raja berperlembagaan)
Istilah Asas Perundangan
Secara
asasnya, fahami istilah perundangan dasar terpenting kepada meningkatkan
pengetahuan terhadap sistem perundangan di Malaysia. Istilah undang-undang
seperti juga konsepnya istilah usul fiqh yang terdapat di dalam pengajian
syariah, iaitu berkehendak kepada maksud dan tuntutan kepada huraian, ada
tafsiran yang mesti dirujuk secara tepat, dihafal dan difahami.
Tidak
ramai di kalangan masyarakat awam di Malaysia hari ini menyedari tentang
kewujudan kebanyakan undang-undang di negara ini. Mungkin kerana tidak ada
sebab tertentu dan tiada dasar keterbukaan maklumat yang mendorong minat mereka
untuk mengetahui undang-undang. Secara jujurnya, saya sendiri sangat sedikit
pengetahuan dan pemahaman secara menyeluruh berkaitan pengetahuan perundangan.
Jika masyarakat awam juga berhak dan sepatutnya mengetahui secara umum maklumat
berkaitan perundangan, inikan pula mahasiswa yang disebut sebagai ahli akademik
harapan negara.
Hari ini
undang-undang telah digubal dengan bahasa yang lebih mudah untuk difahami oleh
semua namun masih banyak maklumat perundangan yang tidak sampai ke pengetahuan
awam walaupun undang-undang sudah dipermudahkan untuk kefahaman mereka. Mungkin
juga penyebaran maklumat undang-undang itu sendiri masih tertumpu kepada
pengamal undang-undang dari menjadikan masyarakat awam sasaran utama yang
menyebabkan undang-undang itu dibuat.
Satu
gerakan yang dipanggil Gerakan Keterbukaan Pengaksesan Undang-Undang (Movement
for Open Access to Law) telah bermula seawal 90 an di Amerika Syarikat. Tujuan
utama gerakan ini adalah untuk membuka pengaksesan maklumat perundangan kepada
masyarakat awam secara bebas dan percuma. Hasil dari usaha gerakan ini
tertubuhnya sebuah badan bebas yang dinamakan Institut Maklumat Perundangan
(Legal Information Institute) yang pertama di Amerika Syarikat pada tahun 1992.
Kemudian disusuli pula beberapa buah lagi badan seumpama itu di beberapa buah
negara lain yang turut dikenali dengan nama yang sama yang mewakili negara
masing-masing. Begitu sekali dalam mendidik masyarakat sehingga melahirkan
masyarakat yang celik dan bertamadun.
Masyarakat
barat setengahnya berpendapat baik tingkah-lakunya dan bertamadun adalah kerana
mereka dikawal dan dididik oleh undang-undang, kepatuhan dan memahami betul dan
salah dalam apa-apa tindakan. Masyarakat Islam yang bertamadun pula, dididik
berprinsipkan agama, ketaatan kepada agama, memahami tuntutan agama, mendalami
tuntutan sebagai hamba kepada pencipta, sesama manusia, haiwan dan tumbuhan.
Maka lahirlah masyarakat yang harmoni dan bertamadun.
Secara
ringkasnya, kita fahami istilah akta, enakmen dan ordinan. Mungkin untuk
pengenalan kita bersama dalam memahami
istilah seperti akta, enakmen dan ordinan. Akta adalah ungkapan asing
yang dari perkataan ‘act’ iaitu yang bermaksud akta. Di Malaysia, akta bermaksud
sebarang undang-undang yang digubal, dipinda, dibahas dan diwartakan sebagai
undang-undang yang diguna pakai di Negara Malaysia yang dibuat oleh Dewan
Rakyat [parlimen].
Enakmen
bermaksud sebarang undang-undang yang digubal, dipinda dan dibahas di dalam
Dewan Undangan Negeri [DUN] pada negeri-negeri
semenanjung serta Sabah selepas kemerdekaan yang dibuat oleh masing-masing.
Ordinan
bermaksud sebarang undang-undang yang digubal, dipinda, dan dibahas yang dibuat
oleh Dewan Undangan Negeri [DUN] Sarawak, serta Sabah pada sebelum kemerdekaan.
“Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan”
Norhalis
Syafiq Bin Ahmad
Setiausaha
Agung
Persekutuan
Melayu Republik Mesir 2012
Sumber : pmram.org
0 comments:
Post a Comment