Saturday, July 7, 2012

Menyumbang Tenaga Dalam Kerja Dakwah

Posted by UPP DPMZ On 1:56 AM No comments


إِنَّ ٱللَّهَ ٱشۡتَرَىٰ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَنفُسَهُمۡ وَأَمۡوَٲلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلۡجَنَّةَ‌ۚ يُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَيَقۡتُلُونَ وَيُقۡتَلُونَ‌ۖ وَعۡدًا عَلَيۡهِ حَقًّ۬ا فِى ٱلتَّوۡرَٮٰةِ وَٱلۡإِنجِيلِ وَٱلۡقُرۡءَانِ‌ۚ

"Sesungguhnya Allah SWT telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta al-Quran."


Memperjuangkan Islam dalam konteks mahasiswa Islam tidaklah tertumpu di dalam bidang pengajian dan mengejar ijazah semata-mata, namun perjuangan yang lebih besar dengan meyebarkan kalimah dakwah di samping tidak mengabaikan mata pelajaran.

“Mahasiswa  tidak hanya sekadar lahir di bilik-bilik kuliah akan tetapi lahir dalam hempas pulas kancah masyarakat”

Ungkapan yang sering didengari di atas menunjukkan bahawa mahasiswa seharusnya menerjah ke medan dakwah sama ada sesama mereka atau terus ke lapangan masyarakat yang sebenar. Para pemimpin dunia semuanya dibentuk pada zaman mereka sejak mereka bergelar mahasiswa.

Dalam konteks mahasiswa Islam, melibatkan diri di dalam gerakan mahasiswa Islam adalah suatu pelaksanaan yang dituntut.  Gerakan mahasiswa juga perlulah mementingkan kesyumulan dalam setiap aspek dan tidak semata-mata menumpukan kebajikan.

Mahasiswa juga perlu menguasai ilmu semasa dan ilmu turathi. Ilmu turathi menjadikan prinsip perjuangan tidak akan lari dan mampu istiqamah di dalam perjuangan, manakala ilmu semasa menjadikan mahasiswa Islam mampu menonjolkan keizzahan  di bidang-bidang elit dan teknokrat.

Di Mesir, kewujudan PMRAM sebagai badan induk yang menaungi anak-anak Melayu sejak sekian lama telah mengalami zaman kematangan yang cukup mapan. Bermula sebagai badan kebajikan pelajar semata-mata pada zaman awalnya, lantas ia berubah prinsip perjuangannya ke arah memartabatkankan Islam dengan lebih cemerlang. PMRAM mengajar ahlinya mengenal Islam yang syumul terutama dalam tiga aspek utama iaitu :

1) Dakwah : Memimpin umat Islam supaya mampu mengajak manusia sekeliling mengenal Allah SWT dan Rasul, seterusnya memperjuangkan Islam sebagai agama yang syumul.
2) Tarbiyah : Membentuk ahli menjadi Murabbi dan Mutarabbi, seterusnya mampu mewaqafkan diri dan meleburkan jasad kepada perjuangan Islam.
3) Thaqofah (ilmu pengetahuan) : Menumpukan dua aspek penting ilmu iaitu ilmu kontemporari dan ilmu turathi. Ilmu kontemporari melibatkan sains, sosial, politik, ekonomi, pengurusan dan kenegaraan serta isu semasa. Manakala ilmu turathi pula melibatkan dua bidang iaitu bidang ilmu konservatif agama dan fiqh muasarah. Kedua-duanya penting dan mesti berjalan seiring peredaran zaman.

Tiga aspek utama ini jika dihayati dan diamalkan bersama di bawah satu kesatuan pasti mampu menghasulkan satu sinergi yang mantap sekaligus mampu meletakkan Islam berada tinggi di tempatnya.

Perjuangan Islam umpama menyambung rantai, bukan kita yang memulakannya dan mengakhirinya. Bahkan kita hanyalah mata-mata rantai perjuangan yang akan dan perlu mewarisi perjuangan ini selagi nafas masih berhembus di muka bumi Tuhan.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"
                   
Ahmad Qutaibah Bin Mohamed
Bendahari Kehormat,
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2012

Sumber : pmram.org

0 comments:

Sahabat