Thursday, August 25, 2011

2 Presiden Kecewa Dengan Sikap En Khairi Jalalludin

Posted by UPP DPMZ On 3:49 PM No comments



KAHERAH, 25 Ogos - Satu perjumpaan tertutup di antara Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman dan Presiden Perubatan, Saudara Syafiq Hamdani telah diadakan jam 10 pagi tadi di Markaz Perubatan, Sayyidah Zainab.



Perjumpaan 2 Presiden tersebut adalah bertujuan bagi membincangkan isu mahasiswa perubatan Tanta, Saudara yang tidak dapat memasuki peperiksaan akhir tahun ekoran kelewatan pengurusan dan sikap sambil lewa yang ditunjukkan oleh Pegawai EM, En Khairi Jalalludin.

Isu mahasiswa perubatan Tanta telah mendapat perhatian di peringkat PMRAM bagi sama-sama turut serta membela mangsa. 

Sebelum ini PMRAM telah pun mendapatkan maklumat dan laporan di peringkat Perubatan Cawangan Tanta berhubung isu yang berlaku.

Hasil perjumpaan tersebut, kedua-dua Presiden bersetuju untuk mengambil tindakan yang lebih serius bagi membantu mangsa dalam isu yang dihadapinya.

"Ia adalah isu mahasiswa. Isu mahasiswa adalah isu kita bersama. PMRAM melahirkan sikap kecewa dengan sikap sambil lewa yang ditunjukkan oleh En Khairi Jalalludin sekaligus mencerminkan bahawa tercalarnya profesional seorang pegawai yang dihantar ke Mesir," ujar Presiden PMRAM.

"Pihak Perubatan mengucapkan terima kasih kepada PMRAM kerana sanggup bersama-sama untuk membantu Perubatan dalam menyelesaikan isu ini. Kita mengharapkan keputusan yang terbaik demi kebajikan Saudara Muhammad Alif bin Sofian Gan," kata Presiden Perubatan.

(Sumber : http://www.pmram.org/v2/index.php )

0 comments:

Sahabat