Tuesday, August 16, 2011

Krisis Somalia: Hulurkan Sumbangan Untuk Ringankan Beban.

Posted by UPP DPMZ On 5:30 AM No comments


KAHERAH, 15 Ogos - Isu krisis kebuluran yang berlaku di Somalia yang semakin parah akhir-akhir ini mendapat perhatian Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Somalia yang dikenali sebagai negara yang menjadi pengasas Pertubuhan Persidangan Islam termasuk menjadi ahli PBB dan NAM, telah mengalami krisis kebuluran yang sangat teruk akibat musim kemarau, keganasan dan pergolakan politik dalaman yang berlaku.


PMRAM melihat bahawa isu yang berlaku di Somalia adalah isu besar yang memerlukan kepada kebersamaan seluruh masyarakat Islam untuk membantu mereka dengan kemampuan yang ada.  

"Fatwa yang dikeluarkan oleh Darul Ifta' Misriyyah bahawa membantu rakyat Somalia adalah 'wajib syarie' hukumnya di samping keseriusan Turki,Iran dan beberapa negara lain beserta PBB dan Palang Merah Antarabangsa sendiri untuk membantu mereka  menunjukkan bahawa isu yang berlaku di Somalia adalah isu yang sangat besar dan serius", ujar saudara Syeikh muhd Mujahid bin Sikh Nawawi, Naib Presiden III, merangkap Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2011 ketika dihubungi.

"Untuk menunjukkan kebersamaan dan kesatuan kita dalam membantu rakyat Somalia berhadapan krisis yang besar ini, PMRAM berharap agar kita sama-sama dapat menghulurkan bantuan kewangan kepada  untuk meringankan beban yang dihadapi oleh mereka", ujarnya lagi.

Sesiapa juga yang ingin menyumbang boleh menyerahkan sumbangan  melalui unit kebajikan di peringkat BKAN dan DPM masing-masing.

Sumber : PMRAM

0 comments:

Sahabat