ZAGAZIG, 10 September 2011- Pihak DPMZ di bawah Unit Pengetahuan Dan Pendidikan telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan majlis pelancaran Madrasah Imam Syafie yang dimulakan dengan majlis Daurah Kitab pada petang tadi di Dewan Darul Wehdah.
Daurah kitab yang bertajuk "Matan Al-Aqidah Tahawiah" itu telas dikupas oleh seorang tenaga pengajar yang tidak asing lagi di Bumi Zagazig iaitu Al-Fadhil Syeikh Husni Ginting Al-Langkati
Majlis ini bakal dilangsungkan selama tiga hari bermula 10 hingga 12 September. Banyak input-input yang menarik dapat dikongsikan dan dipelajari sepanjang majlis ini berlansung lebih-lebih lagi berkaitan dengan ilmu Aqidah dan Tauhid,
Pihak DPMZ sangat menekankan kepada seluruh ahli agar sentiasa bersama-sama menjayakan majlis ilmu seperti ini demi meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dan memantapkan lagi aqidah dan akhlak islamiah selaku individu yang bergelar Mahasiswa Islam.
0 comments:
Post a Comment