KAHERAH, 8 Sept - Menyambut Syawal diperantauan semestinya berbeza sekali dengan berada ditanah air sendiri, namun begitu kemeriahan menyambut Syawal tetap dirasai bersama.
PMRAM sekali lagi melakar sejarahnya dengan penganjuran program sempena Syawal iaitu Rumah Terbuka dan Malam Mahabbah Aidilfitri ( RAMAH'11 ) yang berlangsung semalam dengan meriahnya.
Program yang bermula sekitar jam 12.00 tengahari itu menyaksikan kehadiran anak rantau yang berkelana di perlembahan Nil ini berkumpul dalam berkongsi kemeriahan Aildilfitri di perantauan.
Pelbagai hidangan dan juadah disediakan untuk jemputan yang hadir dan setiap juadah yang disediakan tersebut adalah mengikut setiap zon negeri yang telah dibahagikan .
Hampir 4000 jemputan telah membanjiri Dataran Hayyu Asyir semalam sekaligus membuktikan kesatuan ahli PMRAM masih utuh dan segar dalam meneruskan agenda pembangunan insan dan kebajikan.
" Kedatangan pengunjung-pengunjung yang tidak putus dari awal program kita bermula sehingga akhir membuktikan PMRAM masih sentiasa didokongi dan kemeriahan anak rantau di bumi Nabi Musa a.s masih dirasai" ujar Saudara Zulhafeez bin Ahmad Zahidi selaku Pengarah RAMAH'11 .
DPMZ mengucapapkan tahniah kepada pihak PMRAM kerana sekali lagi telah berjaya melaksanakan satu program yang berkonsepkan kerakyatan dan dalam masa yang sama dapat memupuk nilai ukhuwah yang tinggi di antara ahli dan kepimpinan.
Sumber: http://www.pmram.org
0 comments:
Post a Comment