Wednesday, September 21, 2011

Risalah Ila Syababil Ummah Siri 2, Mencapai Hadaf DPMZ

Posted by UPP DPMZ On 1:52 PM No comments


ZAGAZIG, 20 September 2011- DPMZ di bawah Unit Dakwah dan Pembangunan Insan telah menganjurkan Diskusi Kitab yang telah  disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zahari Bin Ali bertempat di Dewan Dar Wehdah pada malam tadi.



Diskusi kitab yang bertajuk "Risalah Ila Syababil Ummah" siri ke dua itu merupakan kesinambungan dari diskusi kitab pada siri pertama yang berlangsung pada Ramdhan yang lalu. 

Pihak DPMZ mengambil inisiatif mengajurkan diskusi kitab ini kerana ianya dilihat sangat penting buat seluruh Mahsiswa pengajian Islam dan juga perubatan sebagai syabab yang bakal menyambung mata rantai perjuangan islam satu hari nanti di samping ianya juga permintaan dari ahli sendiri supaya DPMZ meneruskan diskusi kitab ini untuk siri ke dua.

Intipati kitab yang lebih teperinci kepada tarbiah ruhiyyah untuk para syabab merupakan satu agenda yang baik dan positif kerana ianya merupakan satu proses membina jiwa para pemuda islam supaya terus unggul dan terkehadapan dalam setiap aspek keadaan.

DPMZ sangat menekankan elimen-elimen penting seperti ini kepada ahli dan sentiasa mendokong segala bentuk program yang dapat membina semula semangat dan kekuatan diri selaku syabab yang bergelar mahasiswa islam.

0 comments:

Sahabat