ZAGAZIG, 26 November 2011- Satu pertemuan telah diaturkan di antara pimpinan DPMZ & PCZ bersama dengan dua orang wakil dari Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) Iaitu En. Abdul Latiff Samad dan En. Muhammad Hazam Hajanan bertempat di pejabat DPMZ sekitar jam 10.30 pagi.
Pertemuan ini adalah bertujuan untuk memberi taklimat keselamatan terkini yang dikeluarkan oleh pihak kedutaan. Ini berikutan situasi semasa di Mesir yang kurang stabil menyebabkan pihak kedutaan mengeluarkan pekeliling keselamatan terkini untuk memastikan semua penuntut malaysia terhindar dari perkara yang tidak diingini..
Dalam pertemuan ini juga, pihak kedutaan meminta persatuan khususnya DPMZ & PCZ memantau keadaan pelajar malaysia di sini. Selain itu pihak kedutaan juga memaklumkan sudah membuka command center untuk memantau keselamatan warga malaysia dan juga mengemaskini maklumat terkini situasi politik di mesir.
Selain itu juga, pihak kedutaan sendiri menekankan aspek keselamatan berkaitan maklumat pengenalan diri, sebagai contoh pasport dan lain lain. Ini sangat penting dan perlu dititikberatkan oleh seluruh mahasisiwa bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.
Sekiranya terdapat masalah ataupun kehilangan pasport, setiap mahasiswa perlu meloporkan segera kepada pengerusi DPMZ mahupun PCZ. Tindakan susulan ialah dengan melaporkan kepada pihak polis dan memperbaharui pasport di pejabat kedutaan dengan kadar segera.
Di samping itu, Pihak kedutaan memuji sistem musyrif yang diamalkan oleh persatuan di Mesir, kerana ianya dapat menjaga keselamatan mahasiswi. Ianya juga sedikit sebanyak membantu mengurangkan kadar jenayah masyarakat setempat terhadap mahasiswi lebih-lebih lagi dalam keadaan politik mesir yang kurang stabil kebelakangan ini.
Akhir pertemuan, pihak kedutaan meminta kepada seluruh Mahasiswa/wi berhati-hati dengan keadaan sekeliling berikutan kes-kes jenayah yang melibatkan mahasiswa malaysia kian meruncing mutakhir ini. Pihak DPMZ berharap agar seluruh Mahasiswa/si tidak terburu-buru menimbulkan spekulasi keselamatan buat masa ini. Untuk sebarang maklumat, pihak DPMZ sendiri akan mengedarkan pekeliling keselamatan terkini dari masa ke semasa, dan jika berlaku sebarang masalah, boleh terus merujuk kepada Pengerusi DPMZ sendiri.
Pimpinan DPMZ & PCZ sedang mendengar Taklimat keselamatan dari pegawai kedutaan
Wakil Pimpinan DPMZ sedang mengajukan soalan berkaitan keselamatan kepada pegawai kedutaan
0 comments:
Post a Comment