Muqaddimah
Agama Islam menitilkberatkan kehormatan
dan kedudukan wanita dalam masyarakat. Perkara ini jelas kelihatan pada hukum
yang digariskan dalam memartabatkan kaum hawa seperti etika pemakaian, bahagian
harta pusaka dan lain-lain. Itulah ajaran suci yang diajarkan kepada umatnya
setelah golongan wanita ditindas dan diabaikan sebelum kedatangan Islam.
Perbahasan Isu
Dewasa kini, kita mendengar banyak
kejadian yang tidak diingini berlaku kepada kaum wanita seperti rogol, cabul,
ragut dan sebagainya. Bukan sahaja berlaku di Malaysia malah ia juga membarah
di negara-negara membangun lain. Tambahan pula, keselamatan kaum wanita ini
sangat terjejas apabila mereka berada di waktu malam, kawasan merbahaya dan
tidak selamat.
Para ulama' telah membincangkan perkara
ini dengan mengambil sandaran ayat Al-Quran dan hadith Nabi S.A.W. Di dalam
keduanya banyak menyebutkan tentang etika dan peraturan khusus yang ditujukan
kepada kaum wanita. Perbincangan ini akan membawa perhatian kita kepada dua
perkara :
• Hukum wanita keluar daripada rumah
• Perlunya mengikut saranan pemimpin
dalam suatu kawasan
Pertama : Hukum
Wanita Keluar Daripada Rumah
Firman Allah S.W.T. :
33. dan hendaklah kamu tetap diam di
rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh
orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah
zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah
(perintahkan kamu Dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan
perkara-perkara Yang mencemarkan diri kamu - Wahai "AhlulBait" dan
hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari Segala perkara Yang keji).
(Surah Al-Ahzab ayat 33)
Dalam ayat di atas, Allah S.W.T
memerintahkan kepada para isteri Rasulullah S.A.W. supaya sentiasa tetap berada
di dalam rumah. Arahan yang ditujukan ini merupakan saranan umum yang bersifat
wajib ke atas keseluruhan kaum muslimat sehingga hari kiamat seperti yang
disebutkan oleh mufassirin seperti Imam Ibnu Kathir, Imam Al-Qurthubi dan
lain-lain. Ini jelas kelihatan pada potongan ayat :
Ertinya : dan hendaklah kamu tetap
diam di rumah kamu..
Imam Ibnu Kathir berkata dalam
menafsirkan ayat ini : (Iaitu lazimilah rumah-rumah kamu dan janganlah keluar
elainkan kerana adanya hajat. Antara hajat yang dibenarkan di sisi syara' ialah
solat di masjid dengan beberapa syarat, seperti sabda Nabi S.A.W. :
Maksudnya : Telah menceritakan kepada
kami Musa bin Isma'i telah menceritakan kepada kami Hammad dari Muhammad bin
Amru dari Abu Salamah dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam bersabda: "Janganlah kalian menghalangi kaum wanita itu
pergi ke masjid masjid Allah, akan tetapi hendaklah mereka itu pergi tanpa
memakai wangi-wangian."
(Hadith ke-478 Riwayat Imam Abu Daud)
; dan di dalam riwayat lain dengan
tambahan lafaz : ??????? ??? ??? )
Jika diperhatikan dalam hadith di atas,
antara syarat atau ikatan yang dikenakan kepada kaum wanita yang pergi ke
masjid menunaikan solat ialah tidak memakai wangi-wangian, dan dalam sebahagian
riwayat pula menyebutkan bahawa solat di rumah mereka adalah lebih baik
daripada mengerjakannya di masjid. Sabda Nabi S.A.W. :
Maksudnya : Telah menceritakan kepada
kami Ibnu Al-Mutsanna bahwasanya Amru bin 'Ashim telah menceritakan kepada
mereka, dia berkata; Telah menceritakan kepada kami Hammam dari Qatadah dari
Muwarriq dari Abu Al-Ahwash dari Abdullah dari Nabi shallallahu 'alaihi
wasallam, beliau bersabda: "Shalat seorang wanita di rumahnya lebih utama
baginya daripada shalatnya di kamarnya, dan shalat seorang wanita di rumahnya
yang kecil lebih utama baginya daripada dirumahnya."
(Hadith ke-483 riwayat Imam Abu Daud)
Walaupun perihal hadith menceritakan keadaan
wanita yang ingin bersolat di masjid namun bagaimana pula dengan keperluan lain
yang mendesak untuk keluar daripada rumah dengan keperluan tersebut rendah
keutamaanya berbanding solat. Hal ini kerana keluarnya seorang wanita itu
daripada rumahnya merupakan salah satu peluang kepada syaitan untuk menghasut
manusia. Sabda nabi S.A.W. :
Maksudnya : Telah menceritakan kepada
kami Muhammad bin Basyar, telah menceritakan kepada kami 'Amr bin 'Ashim telah
menceritakan kepada kami Hammam dari Qatadah dari Muwarriq dari Abu Al Ahwash
dari Abdullah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Wanita itu
adalah aurat. Jika dia keluar maka setan akan memperindahnya di mata
laki-laki." Abu Isa berkata; "Ini merupakan hadits hasan
gharib."
(Hadith ke-1093 riwayat Imam At-Tirmidzi)
Jika seorang wanita itu memang berhajat
untuk keluar kerana suatu keperluan, maka Islam menetapkan syarat supaya tidak
memperhiaskan diri mereka dengan perkara yang akan menimbulkan fitnah seperti
yang telah dilakukan oleh masyarakat jahiliyah terdahulu. Firman Allah S.W.T. :
Ertinya : janganlah kamu mendedahkan
diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu…
Maksud perhiasan orang-orang jahiliyah
ialah : mendedahkan aurat atau memakai perhiasana yang boleh menarik perhatian
lelaki kepadanya walaupun dalam keadaan dia menutup aurat.
Kesimpulan : Berdasarkan kepada nas
Al-Quran dan hadith di atas, para wanita muslimah tidak digalakkan untuk keluar
daripada rumah mereka, sehinggakan Islam menetapkan peraturan kepada mereka
yang ingin keluar walaupun menunaikan solat di masjid. Suruhan supaya sentiasa
berada di rumah ini tidak menetapkan waktu samada siang atau malam, apatah lagi
jika berada di tempat yang berbahaya walaupun pada waktu siang. Tetapi mereka
dibolehkan untuk keluar daripada rumah dengan suatu keperluan (hajat) seperti
ke tempat pengajian, ke masjid dan sebagainya dengan mengikut ketetapan Islam
dan peraturan daripada pimpinan suatu tempat. Selain itu, mereka juga
digalakkan agar tidak keluar bersendirian demi memastikan perkara yang tidak
diingini berlaku.
Kedua : Perlunya
Mengikut Saranan Pemimpin Dalam Suatu Kawasan
Firman Allah S.W.T. :
59. Wahai orang-orang Yang beriman,
Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada
"Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian
jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah
kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya -
jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah
lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
(Surah An-Nisaa' ayat 59).
Sabda Nabi S.A.W. :
maksudnya : Dan telah menceritakan
kepadakuu Salamah bin Syabib telah menceritakan kepada kami Al Hasan bin A'yan
yta Ma'qil dari Zaid bin Abi Unaisah dari Yahya bin Hushain dari neneknya Ummu
Al Hushain dia (Yahya bin Hushain) berkata, "Saya mendengarnya (nenek)
berkata, "Saya pernah melaksanakan haji Wada' bersama Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam." Ummu Hushain berkata, "Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam berwasiat dengan wasiat yang banyak sekali,
kemudian saya mendengar beliau bersabda: "Seandainya kalian dipimpin oleh
seorang hamba (budak) yang pesek -namun saya mengira dia (nenek) berkata;
hitam- dengan kitabullah, maka dengarkan dan taatilah dia."
(Hadith ke- 3422 riwayat Imam Muslim).
Sejak dahulu lagi, kita melihat bahawa
kaum wanita merupakan sasaran kaum lelaki yang merupakan punca kepada
berlakunya gejala sosial. Semua ini berlaku kerana mereka tidak mengamalkan apa
yang telah diperintahkan oleh Allah S.W.T., rasulNya, dan para pemimpin di
suatu kawasan yang menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber hukum.
Suruhan mentaati pemimpin ini jelas kelihatan pada ayat Al-Quran dan hadith di
atas, maka perkara ini akan mejadi wajib kepada orang bawahan pimpinan ini.
Melihat kepada berlakunya situasi
berleluasanya kaum wanita keluar daripada rumah kerana ingin menunaikan
keperluan masing-masing, Islam telah menggariskan beberapa panduan kepada
mereka agar sentiasa berada dalam keadaan selamat. Antaranya ialah :
1. Menutup aurat, firman Allah S.W.T. :
59. Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu
dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan Yang beriman, supaya
melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar);
cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan Yang
baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-Ahzaab ayat 59)
2. Tidak
berhias-hias kerana ia boleh menarik perhatian dan mengundang dosa, sabda Nabi S.A.W. :
Maksudnya : Telah menceritakan kepada
kami Al Humaidi telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Ibnu Thawus dari
Ayahnya dari Ibnu Abbas radliallahu 'anhuma dia berkata; "Saya tidak
berpendapat dengan sesuatu yang menyerupai makna lamam (dosa kecil) selain
perkataan Abu Hurairah. Dan di riwayatkan dari jalur lain, telah menceritakan
kepadaku Mahmud telah mengabarkan kepada kami Abdurrazaq telah mengabarkan
kepada kami Ma'mar dari Ibnu Thawus dari Ayahnya dari Ibnu Abbas dia berkata;
"Saya tidak berpendapat tentang sesuatu yang paling dekat dengan makna Al
lamam (dosa-dosa kecil) selain dari apa yang telah dikatakan oleh Abu Hurairah
dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam: "Sesungguhnya Allah telah
menetapkan pada setiap anak cucu Adam bagiannya dari perbuatan zina yang pasti
terjadi dan tidak mungkin dihindari, maka zinanya mata adalah melihat sedangkan
zinanya lisan adalah ucapan, zinanya nafsu keinginan dan berangan-angan, dan
kemaluanlah sebagai pembenar semuanya atau tidak."
(Hadith ke-5774 riwayat Imam Bukhari).
Maksudnya : Telah menceritakan kepada
kami Abu Bakar bin Abi Syaibah telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sa'id
al-Qaththan dari Muhammad bin 'Ajlan telah menceritakan kepadaku Bukair bin
Abdullah bin al-Asyajj dari Busr bin Sa'id dari Zainab, istri Abdullah dia
berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepada kami,
'Apabila salah seorang dari kalian kaum wanita hendak menghadiri shalat di
masjid maka janganlah kalian memakai wangi-wangian'."
(Hadith ke-674 riwayat Imam Muslim)
Jika memakai wangian ketika hendak keluar
ke masijid pun tidak dibenarkan, apatah lagi keluar kerana keperluan selain
solat.
3. Menjaga
pandangan, firman Allah S.W.T. :
31. dan Katakanlah kepada
perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada
memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah
mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka…
(Surah An-Nisaa' ayat 31)
Selain itu, peranan ini juga perlu
diletakkan di bawah tanggungjawab pemimpin dalam suatu kawasan. Berdasarkan
kepada keaadaan pelajar wanita yang berada di Mesir dan tempat-tempat lain,
mereka tidak dibenarkan keluar sesuka hati pada waktu malam kecuali dalam
keadaan mendesak seperti sakit, kelas tutorial, kecemasan dan sebagainya. Namun
begitu, perlu diingat bahawa kebenaran tersebut adalah mengikut ketetapan
pemimpin kawasan berkenaan :
1. Mestilah ditemani oleh musyrif /
mahram / suami (orang yang bertanggungjawab menjamin keselamatan mahasiswi
pergi dan pulang dari tempat yang dituju) di bawah makluman pemimpin.
2. Musyrif / mahram / suami hendaklah memastikan
keselamatan wanita terbabit dalam keadaan terjamin.
3. Memastikan agar tidak timbul fitnah
ketika keluar bersama bukan mahramnya.
4. Mengikut ketetapan hisbah dan
keselamatan yang telah digariskan pimpinan.
Kesimpulan : Islam menggariskan ketetapan
dalam menjaga kehormatan wanita dengan berpandukan Al-Quran, As-Sunnah dan
arahan pimpinan yang bukan pada perkara maksiat. Maka, segala peraturan yang
telah ditetapkan berdasarkan sumber di atas perlulah diikuti dan diambil
perhatian. Hal ini kerana kesemua peraturan dan etika yang telah disusun ini
akan mendatangkan kebaikan kepada umat Islam.
Rujukan :
1. Al-Quran Al-Kariim.
2. Shahih Al-Bukhari karangan Muhammad
Ibn Ismail Ibn Ibrahim Ibn al-Mughirah Ibn Bardizbah al-Bukhari.
3. Shahih Muslim karangan Abul Husayn
Muslim ibn al-Hajjaj Qushayri al-Nisaburi.
4. Jami' At-Tirmidzi karangan Abu Isa
Muhammad bin Isa bin Surah Al-Tirmidzi.
5. Sunan Abu Daud karangan Abu Da'ud
Sulayman ibn Ash`ath al-Azadi al-Sijistani.
6. Tafsir Al-Quran Al-'Adzhim karangan Imam
Al-Hafiz Ibnu Kathir.
7. Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran karangan
Imam Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad Al-Ansori Al-Qurthubi.
Disediakan oleh,
Abdul Halim bin
Ahmad,
Felo MANHAL PMRAM.
Sumber :
hisbah-pmram
0 comments:
Post a Comment