Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi
keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. lebih-lebih lagi apabila
dilakukan secara berjemaah :
"Berilah khabar
gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa
dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak."
(Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
Jagalah solat Subuh kerana ia
menggerunkan kaum kafir kerana kesatuan kita dan menjadi lambang kekuatan kita
umat Islam.
Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnya yang
bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:
"Ya Allah,
berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)."
(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
Sabda Rasulullah S.A.W. :
"Seseorang
mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan
diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan, iaitu :
1) dibebaskan daripada
api neraka
2) dibebaskan
daripada nifaq (sifat munafik)"
Diriwayatkan daripada Muslim daripada
Uthman bin Affan berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:
"Barang siapa
yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam,
barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan
solat malam satu malam penuh."
(Hadis riwayat Muslim)
Sumber : ubs-pmram
0 comments:
Post a Comment