Memang
tidak dapat dinafikan setiap orang inginkan hiburan atau sebarang bentuk
hiburan yang dapat mengurangkan kebosanan seseorang apabila banyak masa
terluang tanpa sebarang aktiviti atau program yang bermanfaat.
Zaman
yang serba moden dan maju dengan dunia globalisasi yang penuh dengan maklumat
tanpa sempadan yang ditakrifkan oleh cendekiawan barat amatlah jelas terpancar
kegeniusan dan kebijaksanaan mereka untuk melebarkan pengaruh negatif dalam
kalangan remaja.
Jika
dapat kita perhatikan bukan sahaja di peringkat sekolah tetapi wabak negatif
sebegini terbawa-bawa sehingga keperingkat pengajian tinggi. Penggunaan
teknologi atau internet sukar untuk dikawal jika seseorang individu itu sendiri
kurang kesedaran agama.
Sebagaimana
Allah S.W.T. berfirman: “sesungguhnya solat itu mencegah manusia dari
perkara keji dan kemungkaran”
[Surah Al-Ankabut, ayat: 45]
Kita
boleh kaitkan ayat adi atas, walaupun solat itu sudah menjadi darah daging kita
tetapi setakat mana solat itu dapat mencegah kita dari melakukan perkara
mungkar yang sangat halus tanpa kita sedari.
Di sini
amatlah sukar untuk kita perhalusi masalah yang semakin menular di kalangan
pelajar mahupun peringkat mahasiswa dan mahasiswi. Juga virus sekecil ini juga
adalah dosa-dosa kecil yang tidak mampu kita elakkan walaupun perkara biasa
bagi kita.
Sememangnya
kenyataan ini tepat kerana apa, melalui teknologi yang serba canggih ini yang
menyebabkan kita rasa dunia ini sangat kecil dengan hujung jari sahaja, kita
dapat pelbagai maklumat tentang dunia dengan meluas serta tanpa sempadan.
Itu
mungkin berlaku dalam kalangan pengguna yang tahu erti memanfaatkan penggunaan
teknologi tetapi segolongan yang inginkan hiburan tanpa batasan (hedonisme)
seperti menonton filem yang berunsur drastik , romantik atau filem komedi yang
mana telah berjaya disuntik ubat pelali terhadap remaja yang menjadi sasaran
golongan Orientalis.
Tidak
mustahil virus ini boleh merebak di kalangan pelajar dirasat mahupun medic
bahkan, kanak-kanak yang berusia setahun jagung boleh terpengaruh dengan
unsur-unsur yang dibawa dalam sesebuah filem itu. Tambahan pula, jika ingin
berkomunikasi dengan mudah dan cepat dengan seseorang tanpa bersuamuka iaitu
melalui facebook, twitter, blogger, webcam dan sebagainya.
Masalah
sebegini yang merungsingkan pemikir-pemikir dan aktivis-aktivis Islam yang
ingin mengembalikan umat kepada syariat islam yang semakin hari semakin
terkebelakang dengan maksiat yang berleluasa seperti pembuangan bayi, seksual
sesama jantina dan sebagainya.
Jadi
terbukti, masalah sekecil itulah yang menyebabkan rosak generasi harapan dan
pewaris nabi Muhammad s.a.w. untuk menegakkan islam yang dituntut oleh agama.
Tidak
salah jikalau penggunaan teknologi ini, kita manfaatkan dengan mengkaji
strategi-strategi orang Barat yang ingin menghapuskan umat Islam sejak azali
lagi seperti firman Allah S.W.T.
“Dan mereka berkata ; Jadilah kamu (penganut) Yahudi dan Nasrani, nescaya
kamu mendapat petunjuk. Katakanlah , ‘(Tidak!) Tetapi (kami mengikuti) agama Ibrahim
yang lurus dan dia tidak termasuk golongan orang yang mempersekutukan Tuhan.”
[Surah Al-Baqarah, ayat:135]
Inisiatif
lain seperti menggunakan blog, twitter atau facebook untuk kita berkongsi
menyebarkan dakwah atau kata-kata berunsurkan pembawakan kearah mengenali
hakikat hidup sebagai seorang khalifah di muka bumi yang dicipta oleh Allah
Taala khusus untuk hambaNya.
Kita juga
boleh menyumbangkan bantuan wang walaupun bantuan tenaga tidak mampu kita
sumbangkan kepada Negara saudara seislam kita seperti di Negara Iraq, Pakistan
serta dengan hujung jari juga kita dapat tahu perkembangan Negara-negara Islam
yang menjadi serangan oleh pihak Israel yang kejam.
Sebenarnya,
banyak lagi perkara penting yang perlu kita kaji dan selidik yang mana ianya
lebih penting dari menonton video dan berfacebook perkara yang sia-sia.
Sedarlah
saudara-saudaraku, sesungguhnya kita masih dalam dilemma serta masih tidur di
bawah selimut yang tebal bermimpikan perkara yang mustahil kita capai tanpa
kesedaran kita untuk mengislahkan diri dan orang di sekeliling kita yang masih
terlena disantapkan dengan tayangan fanatik yang penuh dengan kepalsuan dan
tidak menyedari racun yang dipanah oleh golongan Barat yang ingin melihat umat
Islam berpecah belah dan jatuh mundur berlawanan dengan apa yang dituntut oleh
syariat yang sebenar.
Sumber : ubs-pmram
0 comments:
Post a Comment