بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam Imtihan kepada semua warga Zagazig
Pertama sekali, Alhamdulillah diucapkan kerana kita telah ditemukan
lagi dalam laman blog ini. Selawat dan
Salam ke atas junjungan kita Rasulullah SAW yang mana nama baginda adalah yang
paling lama dan paling ramai disebut dan diucap oleh penduduk dunia mahupun langit
sejak dahulu hingga sekarang. Bersyukur juga kita kerana diberi nikmat terbesar
yang kita kecapi selama ini hasil perjuang Rasulullah SAW, Para Sahabat Baginda
serta Para Pejuang seluruhnya iaitu nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah dengan
nikmat Iman dan Islam inilah yang menemukan kita di dalam satu ikatan Aqidah Islamiah
yang insyaAllah akan kekal hingga ke Akhirat kelak hendaknya, amin.
Sempena imtihan ini, ana telah ditaklifkan untuk mengisi ruangan
Kalam Pimpinan walaupun ana menyedari diri ini bukanlah seorang penulis atau
penasihat yang hebat dan berkelayakan. Tetapi, sebagai seorang mukmin, kita
tetap memerlukan nasihat walau setinggi mana pun taraf kita. Firman Allah :
"Sesungguhnya
peringatan itu berguna bagi Orang-Orang yang Beriman"
(Az-Zariyat :
55)
Semua antara kita sedar akan keperluan najah di dalam imtihan.
Semua antara kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan yang
terbaik dan imtiaz dalam natijah imtihan. Kita sanggup berjaga malam. Kita
sanggup berlapar. Kita sanggup berkurung. Kita sanggup fokus. Kita sanggup atur
masa. Kita sanggup beli meja, kerusi, mirwahah (kipas), difayah
(pemanas), buku, hias rumah, sewa di rumah mahal dan menghabiskan wang untuk mendapatkan
keselesaan dalam mengulang kaji pelajaran. Semuanya kerana inginkan natijah
imtihan yang terbaik.
Tetapi, kita sering terlupa bahawa kita sebenarnya sentiasa
diimtihankan oleh Allah Taala. Pelbagai imtihan selalu melalui kita. Imtihan
dalam menentukan antara perkara baik dan perkara buruk, imtihan antara dosa dan
pahala, imtihan antara pahala dan dosa, imtihan antara taat dan derhaka,
imtihan antara halal dan haram, imtihan antara agama dan 'aqal, imtihan antara
bersih dan kotor, imtihan antara ilmu dan jahil, imtihan antara agama dan
nafsu, imtihan antara perkara bermanfaat dan perkara lagho, imtihan antara rajin
dan malas. Imtihan-imtihan ini semua bersifat berterusan selagi kita bergelar
hamba yang dipinjamkan segala-segalanya oleh tuannya iaitu Allah Azzawajalla.
Adakah kita najah dalam menempuhi imtihan-imtihan di atas? Atau
kita najah dalam mencipta alasan? Sengaja ana akhiri tulisan ini dengan
persoalan kerana membaca tanpa berfikir adalah kosong. Berfikir tanpa membaca
adalah tumpul. Bahkan jika tanpa keduanya (membaca dan berfikir), hidup dan
mati itu adalah sama. Maaf di atas kekurangan kerana kelemahan seorang hamba.
Semoga kita semua najah menempuhi imtihan-imtihan yang telah diaturkan Allah,
amin ya Rabbal 'Alamin.
Muhammad Anas Bin Ridzuan
Ketua Unit Perumahan
Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig 2011/2012
0 comments:
Post a Comment