Dengan
Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Bersyukur kita kepada Allah SWT dengan kurniaan dan
nikmatnya dapat lagi diberi peluang kita merasai nikmat Allah yg paling besar
iaitu nikmat Iman dan Islam. Selawat dan Salam kepada Junjungan Besar Nabi
Muhammad SAW serta para Sahabat yang telah bersama sama membawa panji Islam
sehingga berterusan ke hari ini.
Firman
Allah SWT : bermaksud:
" Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru
(berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala
perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji).
dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya."
( Surah Al- Imran : 104 )
Hadis Rasulullah SAW :
مَنْ
رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ
فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ، وَذَلِكَ أَضْعَفُ
الْإِيمَانِ
" Sesiapa yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah mencegahkannya dengan tangan, sekiranya tidak mampu maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu, dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.
(Riwayat Muslim)
Berpandukan
kepada ayat-ayat al-Quran dan as-Sunnah Nabawiyyah. Semua ayat-ayat al-Quran
yang menyentuh soal amar makruf dan nahi mungkar merupakan
dalil bahawa Hisbah disyariatkan dan dituntut oleh syarak.
Oleh itu,
Amar Makruf mestilah seiring dengan Nahi Mungkar, tidak lengkap
sesuatu Kesatuan atau Kerajaan yang
memimpin hanya ke arah Amar makruf sahaja. Sewajibnya ada satu Unit atau
Badan yang mencegah kepada kemungkaran.
Justeru itu,
Pada sesi ini pihak Hisbah juga telah menubuhkan satu unit yang dikenali
sebagai Rakan Hisbah untuk mengajak Warga Zagazig turut sama membantu
Unit Hisbah di dalam gerak kerja amar makruf nahi mungkar. Ini kerana
penglibatan ahli sangat diperlukan di dalam membantu gerak kerja memperkasakan
Hisbah.
Pihak
Hisbah mengharapkan semoga seluruh warga Zagazig dapat memberikan kerjasama dalam
mematuhi segala Etika dan Undang-undang daripada Unit Hisbah dengan baik agar
memastikan keselamatan diri selamat daripada perkara perkara yang tidak
diingini berlaku seterusnya dapat menjaga dan memelihara Biah Solehah di bumi
Zagazig ini dengan baik.
Wallahua’lam…
Muhamad Zul Azri Bin Zainal
Ketua Hisbah,
Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig
Sesi 2011/2012
0 comments:
Post a Comment