Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Penyayang
Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan
kepada kepada Allah SWT atas kurniaan Iman dan Islam serta peluang dalam melaksanakan
tugas selaku hamba , selawat dan salam buat Junjungan Besar Baginda SAW sebagai ikutan dan tauladan
ummat sepanjang zaman , dan kaum kerabat serta para sahabat yang bersama-sama
dalam medan perjuangan Islam yang penuh dengan cabaran serta mehnah dan
tribulasi yang mendatang.
Sejak kebelakangan ini , Zagazig dikejutkan dengan masalah kenaikan bil elektrik bulanan yang telah berlaku di beberapa kediaman
mahasiswa / wi yang mana isu ini telah membebankan sebahagian mahasiswa / wi untuk menjelaskan bayaran
tersebut. Bermula Februari 2012, masalah kenaikan bil elektrik bulanan telah berlaku
dengan kadar jumlah yang tinggi terhadap sebahagian kediaman mahasiswa / wi zagazig
sehingga mencecah jumlah ribuan dan ia mengejutkan ramai pihak dikalangan
mahasiswa / wi d sini.
Melihat kepada permasalahan ini , bagi pihak
DPMZ amat bertegas dalam menyelsesaikan isu ini demi memastikan survival kebajikan
mahasiswa / wi di sini terus terjaga. Apa yang lebih membimbangkan ialah jika
sekiranya ada sebahagian pihak tempatan yang mengambil kesempatan terhadap
suasana dan kehidupan mahasiswa / wi Malaysia di bumi Zagazig ini berikutan
hanya sebahagian kediamanan yang menghadapi permasalahan ini.
Oleh hal yang demikian , pihak DPMZ telah menyusun dan melaksanakan beberapa tindakan
yang sesuai bagi menyelesaikan permasalahan ini dan jika sekiranya ia masih
berterusan pihak DPMZ melihat ia sebagai satu bebanan kos yang perlu ditanggung oleh mahasiswa / wi
berkenaan dan akan menyebabkan timbul permasalahan yang lebih besar terhadap tumpuan
pembelajaran mahasiswa / wi disni. Antara tindakan yang telah dilaksanakan adalah
:
- Berunding dengan pihak penganalisis bacaan meter jika sekiranya ada bacaan meter telah diubah suai oleh pihak tertentu.
- Berunding dengan syarikat elekrik untuk memastikan bacaan meter adalah sama.
- Berbincang bersama pemilik rumah untuk memastikan tidak ada sebarang unsur-unsur penggunaan elektrik daripada pihak tertentu terhadap kediaman mahasiswa / wi.
- Berbincang bersama mahasiswa / wi berkenaan untuk menjelaskan situasi dan modus operandi yang telah digunakan oleh pihak syarikat dalam menganalisis penggunaan elektrik bagi setiap kediaman.
Selain daripada itu , pihak DPMZ telah
mendapatkan cara pembacaan penggunaan elektrik bagi setiap kilowatt per jam sebagaimana berikut :
kW/j
|
LE
|
200
|
20
|
250
|
28
|
300
|
36
|
350
|
44
|
400
|
57
|
450
|
69
|
500
|
81
|
550
|
93
|
600
|
105
|
650
|
117
|
1000
|
251
|
Selain itu , pihak syarikat juga ada melaksanakan sistem bacaan meter berbentuk tunggakan yang diistilahkan sebagai taraqqum
‘addad ( bacaan meter yang
tinggi pada musim sejuk dibawa ke bulanan bukan musim panas ).
Bacaan meter yang banyak sehingga melebihi 1000
kW/j adalah berpunca dari penggunaan barangan elekrik yang bersifat penggunaan
tinggi seperti pemanas udara ( difayah ), pemanas air ( sakhonah ) dan cerek
elektrik. Oleh hal yang demikian , para mahasiswa / wi dinasihatkan agar dapat
menjimatkan penggunaan elektrik bagi barangan yang bersifat penggunaan tinggi
sebagaimana disenaraikan. Justeru itu dinasihatkan juga kepada mana-mana
mahasiswa / wi yang akan pulang ke Malaysia supaya dapat memastikan sistem penggunaan elektrik dimatikan kerana dibimbangi
ia mempengaruhi nilai kos penggunaan
elektrik bulanan. Sekiranya berlaku sebarang masalah berkaitan mestilah
dilaporkan kepada ketua unit perumahan DPMZ di talian 01116230588.
“ Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan ”
Muhammad
Anas Bin Ridzuan
Ketua Unit Perumahan ,
Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig
Sesi 2011 / 2012
0 comments:
Post a Comment