ZAGAZIG, 8 Oktober 2013 - Pihak Universiti
Al-Azhar cawangan Zagazig telah menyampaikan sumbangan minhah (zakat) berbentuk
wang dan bungkusan daging kepada warga wafidin dan warga tempatan (arab
Mesir) di kalangan fakir miskin semperna menyambut hari raya Aidil Adha 1434H yang
akan tiba tidak lama lagi.
Penyampaian
sumbangan minhah tersebut diadakan seusai solat Zuhur berjemaah di
Masjid Universiti Al-Azhar Zagazig. Seramai 18 orang mahasiswa Malaysia telah
menerima sumbangan tersebut dan warga wafidin yang lain seperti mahasiswa
Indonesia, Thailand dan Afrika (Juzu Qamar).
Seekor lembu selamat disembelih dan daging lembu ini diagih
kepada warga wafidin dan warga tempatan.
Ucapan
terima kasih di atas pemberian sumbangan minhah itu yang dapat meringankan
beban kami di sini dan semoga dengan adanya sumbangan seperti ini dapat
mengeratkan lagi hubungan antara warga wafidin dengan pihak Universiti
Al-Azhar.
“Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan”
0 comments:
Post a Comment