ZAGAZIG, 29 Oktober 2013 - Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig telah membuka semula pengajian 'Madrasah Imam Syafie cawangan Zagazig' setelah beberapa bulan ditawaqufkan (ditangguhkan seketika). Ini bertepatan tema PMRAM 'Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan' dan ini juga membuktikan DPMZ ambil perhatian tentang kebajikan thaqafah ahli.
Madrasah Imam Syafie kali ini menampilkan tenaga pengajar baru iaitu Ustaz
Muhammad Akramin bin Mohd Ishak bagi menggantikan Ustaz Zuhaili bin Zanal Ali yang
telah pulang ke Tanah Air. Ustaz Akramin meneruskan pengajian dalam Sirah Nabawiah dari kitab Fiqh Sirah. Manakala
pengajian Fiqh Ibadah Mazhab Syafie dari kitab Fathul Qarib tetap menampil
tenaga pengajar yang tidak asing di Bumi Kuda Putih iaitu Ustaz Solihuddin din
Mohd Jahar.
Kehadiran
yang sangat menggalakkan ketika sesi pembukaan semula Madrasah Imam Syafie (MIS) ini
amatlah dihargai. Insya Allah, majlis pengajian ini akan berlansung setiap minggu. Fiqh
Ibadah akan diadakan pada setiap Ahad, manakala Fiqh Sirah akan diadakan setiap
Selasa. Waktu bermula majlis pengajian MIS adalah sejurus selepas Solat Isya berjemaah di
Zagazig Malaysian Students Hall.
0 comments:
Post a Comment