Sunday, October 5, 2008

Aidilfitri Disambut Dengan Penuh Kesyukuran

Posted by UPP DPMZ On 4:36 PM No comments

Pada hari Rabu, 1 Oktober bersamaan 1 Syawal 1429H DPMZ telah mengadakan program SHARAFAN yang bertujuan untuk mengumpulkan seluruh ahli DPMZ di dalam sebuah majlis khas sempena Hari Raya dan untuk sebagai kesyukuran untuk para ahli yang telah berjaya pada peperiksaan yang lalu.Majlis bacaan Tahlil dan Doa Selamat telah diadakan sebelum bermulanya program.Majlis Perasmian telah dimulakan jam 9 pagi dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Ustaz Jalaluddin Hamdan.Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan Pengarah SHARAFAN,Pengerusi DPMZ dan ucapan perasmian oleh Penasihat DPMZ iaitu Ustaz Muhamad Mumtaz Bin Harun.Di dalam ucapannya, beliau menekankan akan peri pentingnya ukhuwah yang perlu dibina sesama ahli DPMZ demi menjana kemajuan umat Islam.Majlis kemudiannya berehat seketika dan para hadirin dihidangkan dengan juadah kuih-muih.Selepas itu, majlis penyampaian musalsal Aidilfitri telah disempurnakan oleh Ustaz Husni Ginting dan seterusnya beliau telah menyanyikan burdah bersama para hadirin.Kemudian,pengacara majlis iaitu Dzulnawawi dan Zulkifli telah menjemput para penghulu kamsis untuk memberikan ucapan Aidilfitri dan mereka juga telah memberikan soalan kuiz Aidilfitri dan cabutan bertuah untuk para hadirin. Selepas itu, para hadirin menunaikan solat Zohor secara berjemaah.Majlis disambung semula dengan pengacara majlis memilih beberapa ahli untuk menyanyikan lagu Aidilfitri. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan setiap kamsis dimulai dengan kamsis Hanbali yang mempersembahkan pantun berduet, kamsis Hanafi mempersembahkan Marhaban dan Kamsis Syafie mempersembahkan Nasyid Aidilfitri.Pihak AJKT DPMZ juga mempersembahkan sebuah drama bertajuk "Penyesalan Di Aidilfitri".Majlis penyampaian hadiah dan cenderahati diadakan selepas itu. Sebelum majlis berakhir para hadirin disajikan dengan jamuan istimewa dan tayangan slide show.Pihak DPMZ dan seluruh Ajk Pelaksana SHARAFAN 08 berharap majlis ini dapat mengeratkan ukhwah para hadirin serta mengucapkan Selamat Aidilfitri Maaf Zahir Batin untuk semua mahasiswa Mesir.


Disediakan oleh :
Muhamad Lokman B. Sulaiman,
Setiausaha SHARAFAN 08,
Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig,
Sesi 2008/2009.

0 comments:

Sahabat