Friday, August 7, 2009

Majlis Berbuka Puasa Dan Sambutan Nisfu Sya`ban

Posted by UPP DPMZ On 11:08 AM No comments



Khamis, 6 Ogos 2009 : Majlis Berbuka Puasa Dan Sambutan Nisfu Sya`ban 1430H telah diadakan sempena menyambut kedatangan bulan Sya`ban yang mulia.Majlis telah dimulakan dengan majlis berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah. Para ahli telah hadir awal dan memenuhi Dewan Dar Salam sebelum majlis bermula.

Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan bacaan Yassin berjemaah yang diketuai oleh Pengerusi DPMZ, Ustaz Muhammad Hanif Jamaluddin.Beliau juga memberikan tazkirah kepada para ahli mengenai kelebihan dan keistimewaan berpuasa.Seterusnya, tazkirah yang bertajuk "Ahlan Ya Ramadhan" telah disampaikan oleh tetamu jemputan Ustaz Hafiz Mahmud.Beliau telah menyampaikan kepada para hadirin mengenai pendapat para ulama mengenai memenuhi malam Nisfu Sya`ban dengan ibadat dan amal kebaikan serta kelebihan berpuasa sebelum bermulanya puasa Ramadhan.Beliau juga menekankan para hadirin mengenai kepentingan melaksanakan puasa sebagai salah satu sunnah Rasulullah SAW.

Pengerusi DPMZ telah menyampaikan cenderahati kepada Ustaz Hafiz Mahmud selepas berakhirnya penyampaian tazkirah beliau.DPMZ mengaharapkan para ahli mendapat manfaat melalui program ini dan bersedia untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia.

0 comments:

Sahabat