Saturday, September 26, 2009

Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Haflah Najihin DPMZ Disambut Meriah !!!

Posted by UPP DPMZ On 9:28 PM No comments



DEWAN DAR SALAM, 24 September 2009 : Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dan Haflah Najihin telah diadakan sempena menyambut ketibaan Syawal yang dinanti.Majlis ini diadakan untuk mengukuhkan ukhuwwah sesama mahasiswa Zagazig di hari lebaran serta mendidik para hadirin untuk menikmati hiburan di hari mulia dengan aturan syariat Islam.Majlis bermula pada jam 8.30 pagi dengan sesi perasmian majlis yang telah disempurnakan oleh Ustaz Nik Rosdi Nik Jusoh selaku BP Angkat Zagazig.Di dalam ucapannya, beliau memberitahu para hadirin mengenai ketibaan Syawal merupakan satu kayu ukur buat para Muslim untuk melihat keberkesanan "Madrasah Ramadhan" serta menjadikan hiburan Islam sebagai santapan utama semasa menyambut Syawal dan bukannya hiburan yang tidak syarie.Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan jamuan sarapan yang disediakan.Para hadirin dihiburkan dengan nyanyian Burdah yang diketuai oleh Ustaz Mohsin sebagai pembuka persembahan majlis.Nyanyian Burdah yang disampaikan telah berjaya menusuk kalbu para hadirin.Selepas itu, setiap persembahan disertai oleh ucapan Penghulu bagi setiap KAMSIS Zagazig.Majlis diteruskan lagi dengan deklamasi sajak secara berduet oleh Ustaz Anas Zharif dan Dr Mazwan Mohd Noh serta penyampaian sajak penuh bertenaga dari Dr Hafiz iaitu mahasiswa baru dari Fakulti Farmasi Universiti Zagazig.Persembahan Nasyid dari Kumpulan In-Saff menyusul pula selepas itu dengan diketuai oleh Ustaz Khairulaizam dan telah menyampaikan 2 buah lagu.Penampilan In-Saff pada majlis ini telah berjaya menambahkan lagi seri majlis.Persembahan yang terakhir ialah pentomen dari Kelab Kebudayaan Dan Kesenian DPMZ.Pentomen yang disampaikan berkonsepkan komedi santai dan mengisahkan 2 orang pemuda Kampung Pening Lalat yang terpisah kerana berkelana ke rantau asing bertemu semula di hari lebaran.Para hadirin dapat menerima mesej bagi setiap persembahan dengan baik.Sebelum jamuan tegahari dihidangkan, para peserta menikmati slide show mengenai program DPMZ sepanjang Ramadhan serta persiapan sempena majlis sambutan hari raya.Majlis sambutan Aidilfiri pada kali ini adalah yang paling meriah sekali sepanjang 16 tahun penubuhan DPMZ di Zagazig.Semoga para ahli dapat menjadikan majlis seumpama ini sebagai penaut ukhuwwah Islamiah sesama ahli.DPMZ berharap majlis ini dapat menjadi satu bentuk tarbiyah kepada ahli untuk mengamalkan Islam secara syumul.Allahuakbar Walillahilhamd !!!

0 comments:

Sahabat