Monday, November 2, 2009

Sekalung Tahniah Kepada Mahasiswa Baru

Posted by UPP DPMZ On 12:57 PM No comments

Seramai 583 nama mahasiswa/wi baru bagi sesi pengajian 2009/2010 Universiti Al Azhar telah pun muqayyad diperingkat Maktab Tansik Khamis lalu termasuk pelajar yang akan meneruskan pengajian di Kuliah Al Quran Tanta.

Pemangku Presiden ustaz Shahrizan menjelaskan PMRAM mengucapkan tahniah kepada seluruh pelajar yang telah diterima masuk ke Al-Azhar dan bersedia untuk membantu mana-mana mahasiswa/wi yang bermasalah dalam urusan pendidikan. Segala masalah hendaklah dirujuk kepada Exco Pendidikan BKAN dan DPM masing-masing.

Menurut beliau,  USMB PMRAM akan melakukan urusan penghantaran  ke muhafazah selewat-lewatnya pertengahan November ini bagi memberi ruang kepada DPM menyempurnakan persiapan masing-masing.Urusan yang akan dijalankan dengan kerjasama USMB BKAN dan DPM ini akan melibatkan semua muhafazah dan tarikh bagi setiap pentauzikan akan dimaklumkan kelak.

Apabila ditanya pendirian PMRAM terhadap SUARA, beliau menegaskan mesyuarat BP memutuskan PMRAM tidak akan mengiktiraf kewujudan SUARA kerana cenderung ke arah politik dan menyalahi dasar PMRAM sebagai badan kebajikan yang tidak akan mencampuri urusan politik. Mesyuarat juga memutuskan PMRAM tidak akan menghadiri program SUARA atau bekerjasama sama ada secara langsung atau tidak.

Penglibatan ahli PMRAM sebagai penggerak SUARA tidak mencerminkan pendirian PMRAM. “Ini kerana konsep keahlain terbuka yang diamalkan oleh PMRAM membolehkan mana-mana pelajar menyertai PMRAM tanpa membezakan latar belakang fikrah mereka. Sejarah telah membuktikan penglibatan ahli-ahli PMRAM di Malaysia dalam pelbagai pertubuhan dan parti politik setelah pulang” tegas beliau.

Sumber : www.pmram.org

0 comments:

Sahabat