Sunday, February 14, 2010

Explorace DPMZ 2010 Mencapai Matlamatnya..

Posted by UPP DPMZ On 7:34 AM No comments

      Tempat Pertama ( Gembira setelah berjaya ) 

12 Februari 2010, Dewan Dar Wehdah. Seramai 70 peserta telah mengambil tempat dalam pertandingan Explorace DPMZ 2010. Seawal jam 3 petang para peserta telah berkumpul di Dewan baru DPMZ bagi menunaikan solat asar berjemaah seterusnya berkumpul mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Sebanyak 10 kumpulan telah dibentuk bagi menghadapi cabaran ini. Pengerusi DPMZ Ust Muhammad Hanif Jamaluddin telah melepaskan para peserta untuk berentap tepat jam 4.45 petang sejurus selepas memberikan taklimat khusus mengenai Explorace DPMZ 2010.


 

      Cabaran bermula di Masjid terbesar yang berada di Zagazig dan para peserta diberi arahan untuk solat maghrib berjemaah di sana seterusnya meneruskan misi masing-masing bagi memburu kejayaan. Antara klu check point yang harus ditempuhi oleh perara peserta adalah kedai O.E berhadapan dengan Misri Thoiran, Kamsis paling sikit penduduk, taman terbesar di Zagaizig dan sebagainya. Di setiap check point para peserta perlu bertemu dengan penjaga setiap chekpoint yang berkopiah putih bagi mendapatkan klu yang seterusnya.


    Para peserta menunjukkan semangat berpasukan serta kesabaran yang sangat tinggi, walaupun terpaksa berpenat lelah namun perjuangan  tetap diteruskan hingga ke penghujungnya. Tepat jam 8.50 malam pasukan yang pertama telah berjaya sampai ke check point yang terakhir disusuli kurang seminit oleh kumpulan yang  kedua. pada jam 10 malam kesemua 10 pasukan berjaya menamatkan perjuangan mereka. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi DPMZ Ust Hanif Jamaluddin.

    DPMZ mengucapakan tahniah kepada semua peserta kerna berjaya menamatkan misi explorace pada kali ini. Semangat berpasukan yang telah ditunjukkan hasil gabungan mahasisawa Al-Azhar dan perubatan haruslah dikekalkan sebaiknya, Ukhuwwah yang telah dibina sebaiknya jangan dirobohi dengan perselisihan pendapat malah wajib dihiasi dengan kemanisan sifat mahabbah dan mawaddah diantara kita. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada semangat mencipta kejayaan yang mendatang di dunia dan akhirat..

Tempat Kedua ( Berbeza hanya setengah saat, sapa yang wat lambat ni?? :P )

 
Tempat Ketiga ( Geng Otai berjaya menamatkan misi biarpun tersesat ke Zoo Zagazig hii )



Keempat ( tetap ceria walau dikejar anjing pada akhir check point huu ) 

  
kelima 

keenam
 
 
ketujuh  

Kelapan

 Kesembilan

Kesepuluh




0 comments:

Sahabat